Untuk mendapatkan kuasa, Pas sanggup menggugurkan penubuhan
negara Islam Pas. Pas sanggup berkompromi ataupun bekerjasama dengan DAP dan
PKR dengan memperjudikan prinsip perjuangan, semata-mata untuk dapat merasai
kerusi empuk Yang Berhormat ataupun Menteri Besar.
Merasa tidak bersalah mengata UMNO dan orang-orang UMNO
kafir kerana bekerjasama dengan parti komponen terbesar BN iaitu MCA dan MIC,
tetapi pada masa yang sama apabila mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR
semuanya menjadi “ halal “. Dengan kata lain menghalalkan apa yang mereka
haramkan sebelum ini. Bagi Pas, UMNO itu terlalu keji manakala DAP dan PKR
adalah terlalu baik bagi mereka.
Sudah siang lagi bersuluh. Itulah rasa-rasanya kata-kata
perumpamaan yang tepat digunakan untuk Pas ketika ini. Adakah Pas sedar akan
kehadiran mereka untuk menceriakan Pakatan Rakyat sebenarnya telah menimbulkan
kesangsian dikalangan ahli penyokong Pas itu sendiri.
No comments:
Post a Comment