Blog cucu tok selampit (CTS) melaporkan program Jelajah
Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu yang dijadualkan 02 Februari 2013
terpaksa dibatalkan.
Menurut blog itu, tiga program yang telah diatur terpaksa
dibatalkan adalah; “Meet Anwar” di Grand Continental Hotel (5.00-7.00 petang),
Ceramah di Seberang Pintasan, Dungun ( 9.00-10.00 malam ) dan Ceramah Perdana
di Kampong Baru, Kerteh (11.00-12.00 malam).
“Apakah pembatalan ini atas desakan Ketua Umum sendiri yang
menjangkakan program ini tidak akan mendapat sambutan?,” soal CTS yang mendakwa
mendapat sumber dalaman tentang pergolakan dalaman PKR Terengganu.
Sehingga ke hari ini PKR Terengganu gagal mengemukakan tokoh
dari negeri itu untuk memimpin parti sehinggalah YB Azan Ismail, Ahli Parlimen
PKR Indera Mahkota, Pahang untuk menjadi pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.
Pada Mac tahun lalu, Timbalan Ketua Penerangan Pas
Terengganu, Azman Shapawi meminta PKR “mengukur baju di badan sendiri,” sebelum
menuntut untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga
Parlimen di negeri itu pada Pilihanraya Umum ke-13.
“Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan
suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih
lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang
di negeri ini,” katanya.
Azman Shapawi dalam nada sinis berkata, jika parti itu
mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu ‘makan banyak walaupun
benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’.
“Kalau tanya kita mahu idam berapa kerusi, sudah tentu kita
mahukan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku
begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Kita harap PKR mengambil kira
juga perkara itu,” katanya lagi.
-AIDC
No comments:
Post a Comment