Satu demo telah dilakukan oleh Ahli PAS serta penduduk
tempatan di Kota Bharu Kelantan.Kumpulan ini seramai 50 orang yang tidak puas
hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, hari ini mengadakan
demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah Allah
dalam Bible versi bahasa Melayu dibenarkan.
Selain membawa sepanduk mengecam Lim, penduduk Kampung
Padang Enggang itu turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.
Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52,
kemudiannya mendesak PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang sekiranya
parti itu lebih sayangkan Islam.
"Atas nama Islam, PAS perlu keluar daripada Pakatan
Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.
"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah
kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh
menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.
Mohd Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan
Majlis Syura Ulama PAS yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan
Islam.
Isu kalimah Allah itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan
agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada
satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan
oleh bukan Islam.
Bagaimanapun selepas dikritik hebat, Majlis Syura Ulama PAS
kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah Allah tidak dibenar digunakan
oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan.
No comments:
Post a Comment