AKHIRNYA !!!!
Siapa kata UMNO TOLAK Hukum Hudud? UMNO cuma nak laksanakan hudud secara menyeluruh iaitu termasuk golongan bukan Islam pun tak terkecuali..tapi PAS tak setuju. PAS hanya akan laksanakan hukum hudud untuk umat Islam sahaja. Macam mana nak laksanakan hudud sedangkan negara kita sekarang menggunakan undang-undang sivil (common law)? Jika hudud dilaksanakan, kedua-dua jenis undang-undang ini tak sama antara satu sama lain..maksudnya jenis hukuman pun tak sama walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama.
Memanglah di zaman Rasulullah s.a.w dulu menggunakan hukum hudud mengikut Al-Quran manakala kaum yahudi pula menggunakan undang-undang / hukuman mengikut kitab Taurat. Walaupun begitu, kedua-dua hukuman ini (antara Al-Quran dan kitab Taurat) menggunakan kaedah serta hukuman yang sama. Contohnya dalam kes zina antara lelaki dan wanita yang sudah berkahwin, mengikut kitab Taurat mereka akan direjam di mana ianya adalah bersamaan dengan hukuman dalam hukum hudud. Jadi, walaupun kaum Yahudi menggunakan hukuman mengikut kitab Taurat, tapi hukumannya sama seperti hukuman dalam hukum hudud..
Jika hukum hudud digunapakai di Malaysia, maksudnya kita akan ada dua jenis hukuman yang berbeza. Orang Islam yang melakukan zina (bagi yang sudah berkahwin) akan dihukum rejam, manakala orang bukan Islam yang berzina pula mungkin akan didenda ataupun tak kena apa-apa denda pun. Masalah ni akan menjadi lebih rumit bila pasangan zina itu adalah penganut agama Islam dan pasangannya pula bukan beragama Islam. Pasangan yang bukan Islam itu mungkin tak dikenakan hukuman berat pun, dan pasangannya pula yang beragama Islam akan direjam sampai mati (jika pesalah sudahpun berkahwin). Di sini kita akan dapat lihat masalahnya bila tiada asas hukuman yang sama.
Oleh itu, hanya ada satu cara untuk laksanakan hukum hudud secara menyeluruh, kita kena meminda undang-undang sivil terlebih dahulu yakni kita perlu selaraskan dahulu hukuman sivil selari dengan hukuman hudud. Barulah nanti wujud persamaan dari segi hukuman. Masalahnya, mahukah golongan bukan Islam di kabinet seperti MCA, MIC, Gerakan dan DAP menerima cadangan pindaan ini? Adakah hak meminda undang-undang di Malaysia terletak di tangan menteri-menteri UMNO secara total? Tentulah tidak kan? Dan jangan ingat semua penyokong-penyokong / pemimpin PKR akan bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sebabnya PKR mengamalkan dasar liberal yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih agama.
Kita harus ingat, segala pindaan undang-undang atau perlembagaan negara perlu mendapat sokongan majoriti di parlimen termasuk sokongan dari MCA, Gerakan, DAP, MIC dan lain-lain dan jika sokongan majoriti diperolehi, barulah kita boleh meminda undang-undang. UMNO tidak boleh sesuka hati meminda undang-undang tanpa sokongan majoriti di kabinet.
Kalau negara kita ini semuanya terdiri dari orang Islam, memanglah tidak menjadi suatu masalah langsung jika undang-undang hudud dilaksanakan. Masalahnya negara kita terdiri dari pelbagai kaum, etnik dan agama. Memang benar, zaman nabi pun ada kaum kafir, tapi golongan kafir zaman nabi iaitu kaum yahudi pun guna undang-undang mengikut kitab Taurat. Jenis hukuman kedua-duanya antara hudud dan hukuman mengikut Taurat adalah sama. Kalau kesalahan yang dilakukan adalah sama; jika dalam kitab Taurat menjatuhkan hukuman bunuh, hudud pun sama juga. Sebab itu lah tiada masalah ketika di zaman rasulullah s.a.w.
Ada yang bertanya pula kenapa hukum hudud nak dikenakan ke atas golongan bukan Islam sedangkan ibadah solat tidak diwajibkan ke atas mereka. Nampaknya pembangkang tak belajar tentang rukun Islam iaitu :-
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Menunaikan solat fardu lima waktu
3. Berpuasa pada bulan Ramadan
4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu
Jadi, solat hanya wajib untuk orang Islam sahaja, bukan Islam tak diwajibkan pun. Hukum hudud adalah undang-undang untuk mencegah manusia dari melakukan maksiat dan segala kejahatan..
Perlu direnungkan juga tentang kaedah membuktikan seseorang itu bersalah atau pun tidak. Kita tak nak nanti ada yang tak bersalah tapi dijatuhkan hukuman bersalah. Ini adalah kerana fitnah amat senang untuk dilakukan ketika ini memandang kecanggihan teknologi yang dapat menewaskan kemampuan fikiran kita untuk menilai yang mana satukah fakta / bukti yang benar dan yg mana satu bukti / fakta yang direka-reka sahaja. Inilah yang kita selalu cakap kaedah perlaksanaan hukum hudud. Rakyat nak tahu mcm mana kaedah melaksanakannya, kaedah pembuktian dan juga kaedah hukuman. Sampai sekarang PAS sendiri pun tak berani nak jelaskan kepada rakyat tentang kaedah perlaksanaan hukum hudud.
Cuba bayangkan dah berapa lama PAS telah mencanang cerita kununnya UMNO menolak hudud sedangkan PAS sendiri pun taktau kaedah nak laksanakan hudud. Baru sekarang sahaja Hadi Awang mengaku kalau nak laksanakan hudud perlukan masa, kena kaji, ekonomi rakyat perlu stabil dulu. Jadi, dulu-dulu PAS tak tahu apa satu la? Main canang-canang nak laksana hudud dalam pilihanraya je lah? Kesian, rakyat ditipu lagi oleh pemimpin-pemimpin PAS yang hanya gilakan kuasa..
Persoalan :
1. Kenapa Khalifah Umar Al-Khatab tidak memberikan zakat kepada muallaf qulubhum pada zamannya walaupun jelas ada nas dlm ayat Al-Quran mengenai hak mualaf tersebut?
2. Kenapa Khalifah Umar Al-Khatab tidak melaksanakan hukuman hudud pada masa Madinah dalam kesusahan / kemiskinan? Bukan sahaja UMNO, malah Khalifah Umar Al Khatab sendiri tidak melaksanakan hukum hudud ketika Madinah dilanda kemiskinan..jadi, adakah Khalifah Umar boleh dikatakan menolak hukum Allah? Tahukah anda apakah hubungan Khalifah Umar dengan Rasulullah s.a.w? Saya tak perlu sebutkan di sini lagi, sebabnya semua org tahu kan, jika Khalifa Umar sendiri tidak laksanakan hudud ketika itu, kenapa UMNO yang tidak laksanakan hudud dikatakan menjadi kafir? Siapa PAS nak jatuhkan hukum?
3. Dalam pembahagian harta rampasan perang, jelas dlm Al Quran menyatakan ia perlu dibahagikan kepada 5 bahagian, tapi kenapa beliau hanya berikan 1/5 kpd baitulmal sahaja, dan selebihnya diberikan kpd sebahagian tentera sahaja?
4. Persoalan terakhir, adakah Khalifah Umar membelakangkan Al-quran dan Sunnah? Puak PAS silalah jawab!
Kita sedia maklum bahawa UMNO hanya ada 77 kerusi parlimen daripada 222 kerusi parlimen yang ada di Malaysia. Bagaimana UMNO nak mendapatkan sokongan 2/3 di parlimen? Secara kasar, 2/3 daripada 222 kerusi adalah bersamaan dgn 148 kerusi sedangkan UMNO ketika ini hanya ada 77 kerusi sahaja? Kalau dicampurkan dengan jumlah kerusi parlimen UMNO, PAS dan PKR (77+23+25) baru berjumlah 125 kerusi parlimen sahaja..maksudnya masih memerlukan 23 kerusi untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud..jadi, adakah kegagalan mendapat baki 23 kerusiini adalah salah UMNO?? renung-renungkan, jangan main cakap ikut sedap mulut je.
Akhir sekali, jika negara kita melaksanakan hukum hudud hanya melibatkan orang-orang Islam, manakala orang-orang bukan Islam pula menggunakan hukuman mengikut undangundang sivil, adakah jenayah tidak akan berlaku langsung di kalangan golongan bukan Islam? Adakah negara kita tidak akan ada lagi jenayah seperti berzina, berkhalwat, merompak, menyamun, merogol dan sebagainya di kalangan orang-orang bukan Islam? Ini adalah kerana golongan bukan Islam tidak dikenakan hukuman berat sama seperti hukuman hudud. Seterusnya sudah pastilah mereka tiada rasa takut langsung untuk melakukan lagi aktiviti jenayah ataupun maksiat. Sudah pasti golongan bukan Islam akan mentertawakan orang-orang Islam kerana mereka (orang2 bukan Islam) buat salahpun takkan kena hukuman berat sedangkan kalau orang-orang Islam buat salah akan dikenakan hukuman berat. Pada masa ini akan wujud gejala ejek-mengejek, rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam dan tidak mustahil akan wujud suasana ketegangan kaum dan agama.
Kesimpulannya; jenayah tetap akan berlaku walaupun hukum hudud telah dilaksanakan. Ini adalah kerana hukum hudud hanya dilaksanakan untuk umat Islam sahaja. Alasannya, hanya orang-orang Islam sahaja yang takut untuk melakukan maksiat ataupun jenayah, sedangkan golongan bukan Islam masih bebas melakukannya sebab tidak akan dikenakan hukuman berat pun. Sedarkah anda bahawa di Malaysia ni wujud gangster-gangster yang terdiri dari golongan bukan Islam? Oleh yg demikian, hudud tidak akan dapat membendung golongan bukan Islam dari melakukan maksiat serta aktiviti jenayah..
sumber : bitesgood
No comments:
Post a Comment