Banyak
desas-desus yang berlegar dari tahun 2011 berkaitan dengan seorang lelaki yang
bernama Zairil Khir Johari.
Bermula
dengan cita-citanya yang ingin menjadi Menteri Besar Perak sekiranya Pakatan
atau lebih tepat lagi DAP, memenangi Perak dalam PRU-13 yang akan menjelang
tiba bila-bila masa sahaja lagi.
Kemudian
kisah Zairil ini dihangatkan lagi baru-baru ini semasa CEC DAP yang lalu,
kononnya dialah satu-satunya ‘Melayu’ yang terpilih didalam CEC DAP.
Maklumat
terbaru yang penulis dapat dari sahabat di Singapura telah membongkar siapa
Zairil yang sebenarnya.
Kisah Zairil
yang hanyalah sekadar anak tiri kepada Khir Johari seorang bekas pemimpin UMNO
bukan lagi rahsia malah penduduk Kampung Kanchut, Alor Star sendiri yang
mendedahkannya.
Nama sebenar
Zairil adalah Christopher Ross Lim, inilah namanya sebelum ibunya Christine Lim
berkahwin dengan Khir Johari pada Februari 1996.
Sebelum
perkahwinan ibunya dengan Khir Johari, Zairil adalah penganut agama Kristian
dan memeluk Islam selepas perkahwinan ibunya itu, namun jangan ditanyakan
kepada penulis apa agamanya hari ini.
Ketika
perkahwinan Christine Lim dan Khir Johari, Christopher Ross Lim @ Zairil hanya
berusia 13 tahun, mustahil Zairil anak kandung Khir Johari atau anak luar nikah
Khir Johari.
Oleh itu,
maka sahihlah bahawa Zairil bukan anak kandung Khir Johari !
Dengan itu
juga, maka sahlah Zairil tidak punya darah Melayu walaupun setitik.
Memandangkan
Zairil telah sah bukan anak kandung Khir Johari, maka ada sembang-sembang kedai
kopi pula mempersoalkan siapakah bapa kandung Zairil dan apa asal usulnya.
Kalau penulis
mampu mendapatkan nama asal Zairil, pasti nama bapa kandungnya dan asal
keturunannya boleh dibongkar.
Zairil
bukanlah anak pungut Pak Khir sepertimana yang digembar-gemburkan dalam sembang
kedai kopi.
Nama bapanya
adalah Howard Lim yang berasal dan masih menetap di Singapura namun belum dapat
dipastikan Howard Lim ini masih bernyawa atau pun tidak.
Apa yang
amat menarik dari maklumat yang penulis perolehi adalah, bapa kandung
Christopher Ross Lim @ Zairil adalah seorang penyokong tegar PAP dan ada juga
gossip mengatakan Howard punya jawatan dalam parti.
Jadi,
tidaklah menghairankan bilamana Zairil… oppss.. atau mungkin penulis patut
panggil Christopher, amat galak memberikan sokongan kepada DAP.
Malah Zairil
menjadi harapan dan anak emas DAP dalam menarik undi Melayu untuk DAP.
Bukankah DAP
ditubuhkan bagi menyambung kesinambungan PAP yang telah diharamkan ?
Disinilah
Zairil sesuai menjadi alat permainan DAP untuk mengelabui mata kaum Melayu
supaya tertipu dengan permainan silap mata DAP ini.
Jadi,
bolehlah kita faham kenapa Zairil, seorang anak 100% keturunan Cina ini bersama
DAP pada hari ini.
No comments:
Post a Comment