Pemuda Pas Larut desak Pas Pusat pertimbangkan untuk
gugurkan pencalonan Dato Fauzi sebagai Ahli Parlimen Larut.
Ketuanya Mohd Akmal Kamaruddin adalah menantu Presiden Pas
Hadi Awang, berkata sudah sampai masa Pas perlu memikirkan kepentingan parti
dan imej Parti sendiri.
Kemewahan yang dikecapi oleh Dato Fauzi sebagai penceramah
boleh menimbulkan keraguan rakyat serta memburukkan Parti. Dato Fauzi perlu
menjawab keseluruhan persoalan bagi membuktikan dirinya seorang pegawai yang
bersih dari rasuah sepanjang perkhidmatan di dalam pasukan polis dan bukan
penceramah mata duitan.
Sebelum ini hampir semua pemimpin Pas daerah Larut sudah
bersepakat untuk memilih Mohd Akmal Kamaruddin sebagai ahli Parlimen Larut
tetapi ditentang oleh Pas negeri kerana hormat kepada bekas Pengarah Siasatan
jenayah Bukit Aman Dato Fauzi yang boleh dipergunakan oleh Pas untuk tujuan
promosi.
Berita mahligai mewah milik Dato Fauzi menjadi panas setelah
beliau mengakui bahawa banglo tersebut memang milik beliau....
Terdahulu beberapa blog telah mendedahkan bahawa Dato Fauzi
yang hanya berjawatan sebagai Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
mampu membina sebuah rumah di kawasan segitiga emas Shah Alam yang berharga
lebih RM5 Juta.
Kalau PAS boleh singkir Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin
dengan sewenang-wenangnya, takkan lah si penumpang yang mencari kekayaan dalam
PAS ni mereka tak mampu nak singkirkan! Malu lah......
No comments:
Post a Comment