Samseng taik kucing dah jadi Rafzi lembu nie, Sebelum nie
berkokok macam ayam jantan tapi taik penuh diekor.Bak kata pepatah takut salah
dan berani kerana benar....
Rafizi Ramli akhirnya membuat permohonan maaf kepada Dato'
Seri Zahid Hamidi di atas tuduhan palsu yang mengaitkan Zahid Hamidi mengambil
wang caruman milik anggota tentera berjumlah RM130 juta.
Malah Rafizi Ramli turut mengatakan akan mengadakan satu
sidang media esok pada jam 2.30 petang di Ibu Pejabat PKR.
Pagi tadi bukan main samseng, konon nak lawan di court...
Berita Terdahulu - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli sudah
bersedia untuk menghadapi saman fitnah terbaru - kali ini difailkan oleh
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seperti dua kes sebelum
ini.
"Saya telah minta peguam saya... saya akan hadapi kes
terbaru ini seperti kes-kes yang lain, yang dibawa ke atas saya," kata
beliau ketika dihubungi.
"Saya hormati hak Datuk Zahid untuk menyaman saya. Dan
tanggungjawab saya untuk mempertahankan diri saya di mahkamah dan saya juga
tidak akan mengabaikan kepentingan awam," kata beliau lagi.
Laporan media semalam menyebut Zahid yang juga Naib Presiden
Umno memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel disiarkan
dalam laman blog.
Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid
Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
semalam.
Mengikut pernyataan tuntutan, Zahid mendakwa Rafizi
menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.
Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat
jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk
dibaca orang awam.
baca seterusnya in lanjut disini Double YY
No comments:
Post a Comment