Terkejut beruk semua Rakyat Kelantan apabila Pengerusi
Jawatankuasa Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan negeri,Husam Musa,mengesahkan
penemuan minyak benar-benar berlaku di atas daratan di beberapa buah lokasi di
negeri itu.Kata Husam Musa,antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab
minyak itu adalah di Kota Bharu dan Tumpat
“Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota
Bharu dan Tumpat,” ujarnya.Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat
luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul
Naim.Pada sidang medianya itu,Husam berkata,proses pelantikan syarikat tersebut
yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan
seberapa segera yang mungkin. (Sumber – Harakahdaily)
Exco Kelantan sekali lagi buat sensasi.Kali ini dakwaan
bahawa terdapat minyak di bawah bandar Kota Bharu dan Tumpat.di dataran pula
tu.Sebenarnya ini gossip lama yang di beri nafas baru menjelang pilihanraya
umum.Tetapi setelah gagal dengan minyak depu dan minyak jaraknya,Husam Musa
bergantung nasib pula kepada gossip baru yang memang dia sendiri akui
bersandarkan kepada khabar angin.
Tidakkah menjadi satu kebetulan dan idea Mat
Jenin kepada Husam Musa apabila beberapa hari lepas Petronas mengumumkan
penemuan minyak dan gas di telaga Adong Kecil West-1 di Blok SK333, di laut
Sarawak,penemuan minyak dan gas, pertama di laut Malaysia selepas 24 tahun?
Syarikat minyak negara itu berkata penemuan kali terakhir di laut ialah di
Medan Asam Paya pada 1989, juga di Sarawak.
Petronas berkata telaga Adong Kecil
West-1,terletak kira-kira 20km di timur laut pekan Miri, digerudi oleh JX
Nippon Oil & Gas Exploration (Onshore Sarawak) Ltd, operator bagi Blok
SK333, bersama-sama rakan usaha samanya, Petronas Carigali Sdn Bhd.Telaga
minyak sebelum-sebelum ini di Malaysia dijumpai di beberapa puluh batu nautika
daripada persisiran pantai.
Tiba-tiba seorang yang tiada latar belakang pendidikan
maupun pengalaman dalam bidang petrokimia telah mengatakan bahawa minyak telah
dijumpai di DATARAN di Kota Bharu dan Tumpat.saya juga
tertanya-tanya,agak-agaknya di mana kedudukan minyak tersebut ??? Mungkin di
bawah Pasar Siti Khadijah ???
Semua rakyat Kelantan sudah mengenali siapakah
Husam Musa ini dan apakah peranannya.Sebenarnya Husam Musa dan PAS sudah
terdesak.Apabila Datuk Seri Najib datang ke Kelantan dan menjanjikan 7 perkara
sekurang-kurangnya pembangunan untuk Rakyat Kelantan,PAS Kelantan menjadi
“gelabah biawak”.Sehinggakan Menteri Besar,Nik Aziz Nik Mat mengelarkan 7 janji
berkenaan sebagai rasuah politik.
Husam Musa pula tanpa segan silu telah sekali
lagi mewar-warkan bahawa telaga minyak telah ditemui di dataran Kota Bharu dan
Tumpat. anya tidak lain untuk memberikan harapan palsu kepada Rakyat
Kelantan.
Rakyat Kelantan wajib mendesak Husam Musa untuk mendedahkan apa
perkembangan projek-projek di Kelantan sebelum ini seperti Projek Kambing
Janpari, Projek Koridor Depu Kelantan,Projek Stadium Baru di Bukit Merbau,pasir
Putih,Projek Lebuhraya Percuma,Projek Keretapi Laju dari Kota Bharu ke Kuala
Lumpur dan sebagainya.
ANDA NAK LAGI PENIPUAN HUSAM MUSA ???
No comments:
Post a Comment