Seperti dijangka, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin
Mat Isa akhirnya dipecat daripada keahlian Majlis Syura – badan tertinggi parti
PAS atas alasan melanggar peraturan berjamaah.
Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam
mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat.
Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut
membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek
hangat.
Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang
mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana
Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan
Majlis Syura.
Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan
mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan
tersebut.
Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin
selepas mesyuarat berkenaan.
Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa
kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan
sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP.
Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi
DAP,Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam.
Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu
dalam pembangkang.
Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan
mahkamah terhadap Nasharudin.
Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada
mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin.
Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk
SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin
tidak dibincangkan.
Apapun, Nasharudin sudah dianggap ‘habuk dalam mata’ oleh
sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan
usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO.
Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi
dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecilManik
Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi
dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan.
Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa
pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun
lalu.
Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan
menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan
PAS. AD
No comments:
Post a Comment