Friday, 25 January 2013

POLIS TERLIBAT ADEGAN MEMBELASAH HINGGA MATI SUGUMAR? @PDRMSIA



Bedah siasat mayat Sugumar a/l Chelladury menunjukkan kematian beliau adalah disebabkancoronary artery disease atau saluran jantung tersumbat (sini).

Manakala penulis Double Y menganggap isu kematian ini adalah satu 'rahmat' kepada pakatan pembangkang yang kekurangan isu bagi memburukkan imej kerajaan serta agensinya (sini).

Kelmarin, isu kematian dan punca kematian Sugumar mendapat liputan luas apabila menjadi antara tajuk utama dalam carian enjin yahoo.com bagi berita Malaysia.

Siasatan akan diteruskan kerana antara laporan yang diterima adalah berlakunya aksi belasah membelasah yang melibatkan sekumpulan manusia termasuk anggota polis dan perkara ini kononnya disaksikan oleh ramai saksi awam.

Biarkan pihak polis melakukan siasatan mereka kerana kes ini belum ditutup termasukmemanggil saksi-saksi awam berkenaan.


Perlu diingat, apabila pihak polis melakukan siasatan, bukan semua anggota polis adalah jahat sebagaimana tuduhan pihak pembangkang dan salah laku anggota, jika benar, tetap akan didedahkan dan dikenakan tindakan sewajarnya!




No comments:

Post a Comment