Pengguguran keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS,
Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama adalah sama seperti beliau
dipecat daripada parti, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz berkata, Nasharuddin tidak perlu menunggu surat
daripada parti mengenai status keahliannya kerana pemecatan beliau daripada
Majlis Syura secara automatik bermaksud dia bukan lagi ahli PAS.
"Adalah tidak penting sama ada dia menerima surat
daripada Majlis Syura memaklumkan beliau sudah dipecat atau menunggu jawapan
mengenai status keahliannya. Hakikatnya tetap teguh bahawa Lafaz Cerai telah
dibuat dan beliau bukan lagi ahli parti," katanya kepada pemberita di
sini, Khamis.
No comments:
Post a Comment