Laporan Sinar Harian, hasil kekayaan untuk membina mahligai
mewah itu datangya daripada tabungan ketika berkhidmat di dalam kerajaan dan
hasil penjualan dua buah rumahnya sebelum ini.
Wang simpanan isteri dan pemberian dana oleh empat orang
anaknya turut digunakan untuk pembinaan itu.
Fauzi turut mengaku memang ada tunjuk perasaan oleh penduduk
kawasan bagi membantah pembinaan mahligai itu. Namun beliau tidak mengendahkan
bantahan itu, sebaliknya tetap meneruskan pembinaanya.
Bantahan dibuat berikutan pembinaannya terletak di kawasan
riadah penduduk di situ. Lokasinya juga tidak sesuai kerana terlalu hampir
dengan Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka.
Yang menghairankan, Fauzi gagal untuk mendedahkan jumlah
nilai kos yang digunakan untuk membina mahligai itu. Sudah tentu rakyat mahu
tahu berapa jumlahnya.
Jika beliau telus dan jujur, tiada apa yang perlu
dirahsiakan. Dengan hanya memberi alasan tanpa bukti kukuh sudah pasti akan
mengelirukan rakyat. Rakyat tidak boleh ditipu!
Fauzi mendakwa kononnya mahligai itu baru sahaja disiapkan
selepas tertangguh lama. Kenapa rumah itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya
selepas beliau menyertai PAS???
Selain itu juga, Fauzi tidak perlu lari daripada menjawab
soalan berkenaan jumlah imbuhan yang diterimanya untuk berceramah. Sikap
mendiamkan diri, akan menguatkan lagi dakwaan dan spekulasi kononya beliau
menerima RM15,000 setiap kali berceramah.
Adakah dengan tidak menyatakan jumlah imbuhan itu bertujuan
untuk tidak mengecilkan hati penceramah-penceramah yang lain? Ini kerana
penceramah seperti Abby Abadi hanya mendapat sekitar RM2,500 sahaja?
Jadi, Fauzi perlu menjawab keseluruhan persoalan bagi membuktikan
dirinya seorang pegawai yang bersih dari rasuah sepanjang perkhidmatan di dalam
pasukan polis dan bukan penceramah mata duitan.
Rakyat juga mahu tahu, adakah wang imbuhan yang dibayar oleh
PAS untuk berceramah turut digunakan untuk menyiapkan pembinaan mahligai mewah
itu?
Ini kerana, umum percaya bahawa hasil wang derma dalam
ceramah PAS digunakan untuk membayar penceramah?
-Shah Alam Rebels
No comments:
Post a Comment