Saturday 26 January 2013

Dato' Anas Ahmad Zakie Behadapan Hukuman Jika Sabit Kesalahan Menipu


YB Dato’ Anas Bin Ahmad Zakie Pensihat Undang-Undang Negeri Kedah kini berhadapan dengan beberapa dakwaan yang disabitkan kepada beberapa kes penipuan, terbaru dalam kes Tanah Wakaf Khas Madrasah Salihiah. Beberapa maklumat berkaitan sedang dikemaskini untuk sabitan kes.


Musaddad menyampaikan kepada kami, dari Abdul Aziz bin Mukhtar, dari Khalid al-Hazza', dari Akramah katanya:Abdullah bin Abbas berkata kepada aku dan anaknya Ali:Kamu berdua dengarlah hadith (daripadanya). Maka kami berdua pun pergi dan ketika itu Abu Said sedang membersihkan halaman. Ia mengambil selendangnya lalu duduk. Selepas itu ia mula menyampaikan hadith hingga sampai kepada membicarakan binaan masjid. Beliau berkata:Kami membawa batu-bata sekeping demi sekeping dan Ammar pula membawa dua batu bata (sekaligus), maka nabi s.a.w melihatnya lalu baginda mengibas-ngibas tanah daripadanya sambil bersabda:Kasihan Ammar, puak pelampau ingin membunuhnya sedangkan ia menyeru mereka kapada syurga dan mereka menyerunya kepada neraka. Abu Said berkata, Ammar menjawab: Aku berlindung dengan Allah daripada segala fitnah. - H.R Bukhari.

Pihak Madrasah Salihiah juga sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada pihak berwajib mengenai status lot 2408 bagi membina sebuah Masjid  dengan kadar segera sebagai mana yang telah dipersetujui oleh pihak telibat namun masih gagal.

Telah dinyatakan didalam dokumen perjanjian yang melibatkan pihak Istana sebagai kaedah penyelesaian permasalahan terbaik yang berkaitan dengan hukum dan kaedah dalam Agama Islam, pihak terbabit telah bersetuju untuk menunaikan janji mereka menyiapkan sebuah Masjid di lot tersebut dengan kadar segera.

Apakah terdapat unsur-unsur penyelewengan dan penipuan dalam menyelesaikan kes ini atau ada masalah sesama mereka dalam kerajaan negeri bagi menunaikan janji ?

Sama-sama kita tunggu selepas ini.

No comments:

Post a Comment