Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat
nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk. Sifat kiasu
semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci.
Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka
mampu mempertahan Islam. Sementara PKR mengambil pendirian serupa dengan DAP
atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka
termasuk oleh PAS.
Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis
Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada
Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada
PR.
Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS
tersebut adalah Islam dan umat Islam.
Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat
hikmah di sebalik sesuatu. Hikmahnya dari ‘tragedi’ ini ialah kita
diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru
biru. Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini
masih juga belum selesai.
DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan
membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya. PAS pula masih ingin bertahan,
mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada
sokongan umat Melayu.
Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan
kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun
Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah
U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna
bukan Islam.
Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah
putar-belit media UMNO. Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS
adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO. Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu
takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO.
Jelas di sini bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR
melainkan secara ilusi. Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan
noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan.
Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang
sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan
Melayu semata-mata. Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih
rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu
tetapi bukan Melayu. Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan
Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu
sen jua.
Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen
menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat
secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan
Pengerusi. Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu
mengarahkan pihak yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata
pemutus kepada mereka. Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia
bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan
negara.
Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN
ini tidak wujud di dalam PR. Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan
sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua. Dan PAS pula
sudah ‘tawar hati’ dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.
Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf
maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah? Apa akan terjadi
kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR?
Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh
melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan
Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah. Apabila UMNO
mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham
Islam.
Maka, perselisihan semakin parah sedangkan ‘Perdana Menteri
Anwar Ibrahim’ pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata
kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah. Mungkin akan ada seorang dua
pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.
Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang
Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan
dan menggoyahkan akidah umat Islam.
Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat
bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT
berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat. Gambarannya
tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh
syaitan berkepala tiga.
No comments:
Post a Comment