Berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala
Lumpur dan Gombak ekoran kegagalan rumah pam Wangsa Maju yang berlaku pada 29
Disember 2012, Syabas telah dilemparkan dengan berbagai dakwaan dan tuduhan
khususnya oleh Kerajaan Negeri Selangor sepanjang berlakunya gangguan bekalan
air ini.
DAKWAAN 1
Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi
kenyataan pada 9 Januari 2013 mendakwa SYABAS tidak menyelenggara sistem
Variable Speed Drive (VSD) di rumah pam Wangsa Maju secara berkala
(periodically preventive maintenance) kerana mendapati SYABAS tidak mempunyai
sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.
Dakwaan ini adalah tidak benar kerana, kerja-kerja penyelenggaraan
di rumah pam ini dibuat secara berkala (sebulan sekali) yang dilakukan sendiri
kakitangan SYABAS. Dalam hal ini, jika semasa kerja penyelenggaraan berkala dan
kakitangan SYABAS mendapati terdapat keperluan mendapatkan khidmat pakar
termasuk alat ganti, SYABAS akan melantik pihak pembuat dan pembekal VSD
tersebut iaitu ABB Malaysia Sdn. Bhd. berdasarkan keperluan (case to case).
Malah jadual penyelenggaraan ini juga dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan
Air Negara (SPAN).
DAKWAAN 2 ..selanjutnya diSINI
No comments:
Post a Comment