Susulan dari cerita yang dikeluarkan oleh portal Murai.com
mengenai kisah ibu kepada ahli politik, Azmin Ali, ahli perniagaan, Ummi
Hafilda dan artis lelaki, Azwan Ali, yang dikatakan jatuh di bilik air pada
malam persandingan Ummi Hafilda, hanya Azwan Ali sahaja yang mengeluarkan
kenyataan mengenai isu tersebut.
Seperti biasa, Azwan hanya
mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial Twitternya sahaja malam semalam.
Baru-baru ini, Ummi Hafilda telah
pun melangsungkan perkahwinannya di rumah ibunya, di Kg. Klang Gate, Hulu
Klang.
Pada malam persandingan Ummi
Hafilda, dikhabarkan ibu mereka, Mak Tom telah jatuh dalam bilik air.
“Slm. Ko
Henggat AKU HADAP Majlis JIJIKZ ko? Tuhan Bayar Cash! Malam yg SAMA? AMBULAN
Masuk KAMPONG! Ada YG JATUH Bilik AIR coz Sial KO!”
“Slm.
TUHAN MAHA ADIL ! Kes AMBULAN masuk KAMPUNG ? Tetengah MALAM BUTA? Insaf lah !
More BALA to come ! Eeeeeeee,” tulis Azwan.
Katanya
lagi, kejadian itu adalah balasan di atas perbuatan Mak Tom dan Ummi Hafilda
sendiri.
“Slm.
What Goes Around ? HANJJJ around ! MUHASABAH la diri before BALA terus ke
MUKA,” kata Azwan.
Seperti mana yang kita sedia
maklum, dahulu, hubungan Azwan dan Ummi Hafilda tidak berapa baik walaupun
mereka adalah adik-beradik kerana fahaman politik yang berbeza.
Malah, Ummi Hafilda juga tidak
baik dengan abangnya, Azmin Ali, orang kuat dalam parti pembangkang, Parti
Keadilan Rakyat.
Azwan juga turut mengikuti jejak
langkah Azmin untuk bermusuhan dengan Ummi Hafilda.
Namun, atas takdir Tuhan, Azwan
dan Ummi Hafilda berbaik semula dan Azwan sendiri berjanji untuk bercakap buruk
terhadap Ummi Hafilda.
Tidak berapa lama selepas itu,
Mak Tom pernah mengeluarkan kenyataan di media utama mengatakan dia kecewa
dengan sikap anak lelakinya, Azmin Ali yang membelakangkan ibu dan keluarganya
sendiri demi fahaman politiknya yang tegar.
Selepas itu, Azwan sekali lagi
mengisytiharkan perang dengan Ummi Hafilda semula hingga kini.
Banyak jugalah kenyataan yang
dikeluarkan oleh Azwan di laman sosialnya itu.
Tambah Azwan lagi, dia hanya ada
Azmin Ali dan Azman Ali sahaja sebagai adik-beradiknya, tiada orang lain lagi
dalam dunia ini.
“Slm.
DIVA AA Hanya ada FAMILI YB @AzminAli n AZMAN ALI dlm lebihan hidupNYA! Ko sapa
JADAH? DO I CARE? SO?,” tulis
artis kontroversi itu.
Apa-apa pun, jika benar Mak Tom
jatuh sakit, sama-samalah kita doakan kesejahteraan ibu mereka agar kembali
sembuh dan diberikan kesihatan yang baik. Amin.
No comments:
Post a Comment