Tuesday, 22 January 2013

AZRUL AZWAR BUKAN SAHAJA PATUT DIBUANG KERJA MALAHAN DIHUKUM KESALAHAN JENAYAH!

Macam-macam cerita yang dikeluarkan oleh portal yang menjadi lidah rasmi pakatan pembangkang. Mula-mula kata dibuang. Kemudian kata digantung. 

Kesalahan asal beliau tidak dipertonjolkan sebaliknya lebih menitik-beratkan soal politik semata apabila kononnya tindakan beliau digantung mahu pun dibuang kerja kerana "meramalkan kekalahan BN dalam PRU13 nanti".

Betul ke?

Namun, satu laporan polis telah dibuat oleh wakil pejabat sumber manusia Bank Islam Malaysia terhadap Azrul Azwar Ahmad. Laporan tersebut dengan jelas menyatakan kesalahan apakah yang dilakukan oleh Azrul Azwar.

Baris ketujuh laporan bertarikh 22/1/2013 antara lain menyebut:

"Pihak bank mendapati bahawa encik Azrul telah memiliki dokumen sulit yang merupakan minit mesyuarat Lembaga Pengarah Bank Islam yang mengandungi maklumat sulit dan sensitif kerana ia melibatkan satu cadangan korporat (-corporate exercise-) melibatkan pihak bank"




Nah! Familiar tak kes Azrul Azwar di atas?

Sebelum ini, dalam kes National Feedlod Corporation (NFC) modus operandi yang sama digunakan hingga beberapa dokumen atau maklumat sulit terkeluar dari pejabat dan sampai ke pihak ketiga.

Liciknya pakatan pembangkang hingga mampu memanipulasi ahli-ahli mereka melanggar etika kerja dan undang-undang demi memastikan agenda politik mereka dipenuhi.

Ahli politik?

Benar! Azrul Azwar Ahmad merupakan ahli PKR cabang Putrajaya dan segala maklumat sulit urusniaga yang melibatkan pihak ketiga termasuk mana-mana individu mahu pun persatuan hingga kerajaan tidak sewajarnya melepasi tembok bangunan majikan beliau.

Ini bukan soal whistle blower lagi dah. Ini adalah soal etika bekerja dan undang-undang yang wajib dipatuhi. Jika tidak boleh mengikut peraturan dan undang-undang. Berhenti! Tapi bawa sahaja pengetahuan tanpa sebarang dokumen sulit keluar dari tempat kerja anda!


Azrul Azwar wajar dikenakan hukuman yang setimpal termasuk hukuman kesalahan jenayah! 

Hukuman gantung atau buang kerja tidak memadai!

No comments:

Post a Comment