KENYATAAN MEDIA:
SOKONGAN PSIKOLOGIKAL BUKAN MEMPAMERKAN KEMURUNGAN
Berikutan kekeliruan di media berkenaan kemurungan akibat bencana banjir, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingin menjelaskan bahawan statistik yang dilaporkan oleh kebanyakkan media adalah merujuk kepada sesi psikoterapi.
Sehingga 28 Januari 2015, sebanyak 576 sesi psikoterapi (melibatkan aktiviti psikologi) telah dijalankan melibatkan 14,995 orang kanak-kanak, 289 orang dewasa, 91 sesi intervensi krisis dan sejumlah 2357 sesi sokongan psikologikal telah dibuat di kalangan mangsa-mangsa banjir.
Sokongan psikologikal yang dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah bertujuan memberikan sokongan psikologi emosi, intelektual, moral dan spiritual. Oleh itu pelbagai kaedah intervensi telah dijalankan sepanjang misi bantuan sokongan psikologikal kpd mangsa banjir; iaitu intervensi krisis, aktivti psikoterapi dan sokongan psikologikal lain seperti bimbingan dan psikopendidikan.
Sehingga tarikh tersebut, seramai 101 orang Pegawai Psikologi telah terlibat dalam pengendalian intervensi krisis dan sokongan psikologikal (sokongan bagi kesejahteraan dimensi psikologi meliputi fizikal, mental, intelektual, sosial, spiritual dan persekitaran) kepada mangsa banjir dewasa dan kanak-kanak. Pegawai yang masih bertugas sehingga kini adalah 82 orang.
Misi bantuan sokongan psikologikal ini dilaksanakan semasa bencana banjir dan pasca banjir. Sesi sokongan psikologikal ini meliputi sesi yang dilakukan secara individu dan berkumpulan.
Selain memberi fokus kepada mewujudkan kesejahteraan psikologi dan pengisian aktiviti yang sihat, sokongan seumpama ini dapat membantu mengelakkan berlakunya kemurungan, kecelaruan kebimbangan dan trauma yang melampau.
Sehingga 3 Feb 2015, bilangan intervensi kaunseling yg dijalankan oleh Pegawai Psikologi JKM adalah merangkumi 577 sesi psikoterapi, 91 sesi intervensi krisis dan 2358 sesi sokongan psikologikal yang melibatkan seramai 15 000 orang kanak-kanak dan 299 orang dewasa di kalangan mangsa-mangsa banjir.
Sumber : Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
No comments:
Post a Comment