Wednesday, 28 November 2012

10 Perkara Penting Dalam Ucapan Dasar KJ



10 perkara utama dalam ucapan dasar KJ adalah seperti berikut:

1. Pemuda sentiasa mengambil berat aspek latihan dan penghak upayaan di kalangan generasi muda. 

Pemuda juga meyambut baik program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dirangka khusus untuk mempertingkatkan keupayaan graduan kita mendapatkan pekerjaan, dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga firma-firma swasta. 

2. Isu kebanjiran buruh asing dalam Negara. Pemuda serius dalam mengkaji tren pengaliran masuk pekerja asing ke dalam sector lain, lebih-lebih lagi sector perkhidmatan. 

3. Selaku Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), saya kerap melihat syarikat-syarikat tempatan Berjaya menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, sehingga standing dengan pesaing-pesaing mereka dari luar Negara. Pemuda simpatetik dengan musibah yang menimpa syarikat-syarikat ini, dan berharap kerajaan dapat membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan. 

4. Seterusnya kami ingin memberi cadangan tentang agama, khususnya tentang zakat yang merupakan salah satu rukun Islam. Agama kita mewajibkan kebajikan dan bantu-membantu antara satu sama lain. Pemuda mencadangkan agar kerajaan memperluaskan usaha mencari asnaf di setiap peringkat, agar bantuan zaqkat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. 

5. Pemuda mengusulkan prakarsa kelima untuk mengembangkan lagi kelompok Perdagangan dan Perindustran Bumiputera terutamanya di kalangan usahawan dan professional muda. Pemuda juga berharap kerajaan akan menjana peluang lebih luas kepada golongan muda Bumiputera bagi menjawat tampuk penting dalam soal pengurusan atau penggubalan dasar termasuklah menjawat jawatan lembaga pengarah GLC. 

6. Satu lagi masalah yang ditanggung oleh orang muda, adalah apabila mereka terjerat dalam hutang dan akhirnya diistiharkan muflis dalam usia muda. Mereka gagal untuk meneruskan hidup dek bebanan kebangkrapan dan disenarai hitamkan. Pemuda menyeru kerajaan untuk memberi peluang kedua kepada golongan ini. Hari ini undang-undang kebangkrapan persis hukuman mati mandatory untuk golongan bangkrap ramai yang terkial-kial cuba keluar dari prosedur ketat, tapi gagal. 

7. Cadangan ketujuh menyentuh soal atap di atas kepala rakyat. Pemuda mengalu-alukan langkah kerajaan menambah baik Skim Rumah Pertamaku serta PR1MA. Namun ada 2 isu yang ingin Pemuda bangkitkan. Pertama, unit rumah PR1MA tidak cukup dan kedua tentang system cabutan ballot. Pemuda juga meminta agar kuota khas disediakan buat keluarga muda dalam semua projek perumahan PR1MA untuk memastikan kelompok ini tidak terlepas peluang. 

8. Cadangan Pemuda yang kelapan adalah tentang penstrukturan semula bantuan kebajikan. Ini kerana jumlah bantuan yang diberi perlu lebih logic untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik ini. Pemuda juga mendesak agar kerajaan dapat merombak semula dasar kebajikan, dari segi jumlah yang diberi dan kelayakkan pemohon agar niat kita dalam memberi pertolongan benar-benar tercapai. 

9. Cadangan yang kesembilan pula , Pemuda menggesa agar YAB PM tetap istiqamah dalam meneruskan program transformasi politik beliau. Transformasi politik amat penting bagi orang muda di mana jua. Kita mahukan apabila orang muda berfikir tentang perubahan, mereka yakin BN lah pilihan muktamad. BN lah parti yang berjuang untuk integrity, ketelusan, kebebasan dan keadilan dari dahulu kini dan selamanya. 

10. Cadangan kesepuluh merupakan satu initiative khas Pemuda UMNO yang bakal membawa berita baik kepada ribuan orang muda. Atas kesedaran ini, saya ingin mengumumkan satu initiative terbaru Pemuda UMNO yang bernama Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang telah dijalankan secara perintis di Pekan. 



Akhir kata ucapan dasar KJ berbunyi: 

Wahai pejuang-pejuang muda, detik penentu begini tak kerap tiba. Semboyan parti kita belum pernah menjerit selantang ini. Gemanya menyeru setiap kita, walau apa badai melanda, walau mati segala cita-cita, kita berikan segalanya di medan juang ini, hingga ke titisan darah yang terakhir! Ini ikrar kita, kita pastikan semua di luar sana tahu, pastikan sejarah tercatit, dikala seteru tiba, bala tentera Pemuda terpacak di barisan paling hadapan, sanggup berkorban demi agama, bangsa dan Negara. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO! 

No comments:

Post a Comment