Wednesday, 30 January 2013

Tahniah dan menggemparkan !!!! Mahpuz Omar Semarakan Kasih ahli PAS BALING


Tahniah le kerajaan PAS Kedah yang makmur dengan pendapatan balak yang meningkat...terjeger biji mata..ish!..ish! andainya jadi milik aku...alangkah bahagianya...bolehlah rumahku yang macam mahligai itu ku tukarkan menjadi istana. 


Tapi lain pulak jadi bila seorang yang yang bernama Mahpusss.... DATANG ke Baling.... apakah rakyat, jika ingin bersama pemimpin perlu membayar ??????????

seharusnya pemimpin perlu prihatin terhadap rakayat....bukanya kebas duit rakyat....Itulah yang terjadi JIKA PEMIMPIN PAS mai Baling. 

Setiap tatok Pas yang ingin bersama pemimpin di kenakan RM 5 sebagai Tiket untuk masuk kedalam dewan mendengar Pembohongan MAHPUZ BEEEN yang berkelulusan DARJAH enam jer.....

Mampus la mcam ni.... 
Cuba buka mata wahai Puak-puak PAS kedah khususnya di Baling, Pokok Balak dok kerkah bagai Yakjuk dan makjuk.... Habis gondol Bukit depa tarah...
UNTUNG BALAK DARI 8 JUTA KE 38JUTA
HASIL 2010 RM456.21 juta
SURPLUS 2010 RM22.50 juta
CUKAI TANAH RM104.06 juta
BANTUAN DARI KERAJAAN PUSAT RATUSAN JUTA TAPI BELANJA SIKIT,YANG LEBIHNYA UNTUK BAYAR GAJI PEKERJA
DAN BERJUTA JUTA LAGI,KIRA PUAK PAS NI MEMANG PANDAI BERBISNES LA KOT
.

kemana keuntungan balak tu disalurkan...tanya ahli hampa hat miskin, ibu tunggal, OKU..orang sakit di kampung-kampung dapat tak, siapa dok bagi bantuan kat depa lani.

GUGURNYA AIRMATA ROSMAH MANSOR - #SAVEGAZA




Mungkin ramai antara kita lupa dan sengaja buat-buat tak ingat barang kali, terutama mereka yang suka mengkeji dan mencaci apatah lagi menabur fitnah terhadap seorang wanita bergelar isteri Perdana Menteri. Kita lupa bahawa wanita itu tadi juga merupakan seorang ibu kepada anak-anak beliau. Lantas tidak akan lari sifat keibuan yang merupakan fitrah yang Allah beri dan campakkan kedalam hati sanubari seorang wanita yang bergelar ibu. Walau sekeras mana hati kita, walau sehebat mana diri kita namun apabila kita bergelar ibu pasti tidak akan dapat kita menidakkan fitrah seorang ibu yang akan pasti tersentuh hatinya bila ianya melibatkan anak-anak kecil. Akan lahir secara semula jadi rasa kasih dan sayang terhadap anak kecil dan bayi. Sedangkan haiwan pun akan merasa kasih dan sayang serta melindungi anaknya inikan pula kita bernama manusia.
 

Mungkin atas sifat semulajadi yang Allah beri inilah mengakibatkan hati insan bergelar ibu yang mana tidak akan tersentuh apabila pulang dari bumi Gaza dan melihat sendiri dengan mata zahir dan mata hati penderitaan anak-anak kecil di bumi Gaza itu. Apatah lagi Datin Seri Rosmah yang memang begitu giat memperjuangkan nasib serta menyediakan landasan yang terbaik bagi anak-anak kecil negara untuk melangkah lebih jauh dan lebih hebat dalam bidang dan arena masing-masing melalui program yang beliau sendiri ilhamkan dan terajui serta pacui iaitu Program Permata. Maka tidak heranlah bagi mereka yang mahu membuka hati dan melihat kebenaran sejati hati seorang insan yang bergelar ibu dan isteri Perdana Menteri yang sebak tidak dapat menahan airmata dari jatuh ke bumi apabila ketika si suami menceritakan kepada rakyat sejurus kepulangan mereka dari bumi Gaza ini tentang pengalaman yang mereka lalui sewaktu lawatan Perdana Menteri ke bumi Gaza tempoh hari bila mana mereka melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh anak-anak kecil Palestine di bumi Gaza yang mana sewaktu melawat salah satu hospital di Gaza begitu ramai anak-anak kecil yang mengidap penyakit leukimia.


Anak-anak kecil ini mengidap leukimia akibat tindakan kejam puak Zionis Yahudi yang mengunakan segala kecanggihan senjata moden mengebom kawasan penduduk Palestine yang mana antara bom yang digunakan mempunyai iradium yang ada kesan radiasi yang menyebabkan kanak-kanak kecil Palestine dijangkiti penyakit leukimia. Ketika Dato' Seri Najib yang juga agak sebak menceritakan pengalaman ini kepada lebih 10,000 rakyat yang menyambut kepulangan beliau bersama rombongan dari bumi Gaza di lapangan terbang pada tanggal 27/01/2013 tempohari, MNK melihat sendiri wajah Datin Seri Rosmah yang cuba menahan airmata dari jatuh, namun akhirnya naluri seorang ibu tidak dapat dikawal dan bergenang air mata beliau.

Kita rakyat Malaysia semuanya MNK rasa pasti akan bersama bersimpati dengan penderitaan Rakyat Palestine ini. Kita ratapi kesengsaraan anak-anak kecil rakyat Palestine ini dan sudah pasti kita akan bersama memperjuangkan nasib rakyat Palestine baik dengan sumbangan derma mahupun doa kita sebagai umat seagama.

Kita pasti akan menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan rakyat negara Palestine dan umat Islam di bumi Gaza. Dalam bahasa Inggeris nya....

I support all effort to protect the security of the state of Palestinians
 and the muslims in Gaza....

Bukan ketua pembangkang tu dok kata ... I support all effort to protect the security of the state of Isreal....
?
Saya menyokong segala usaha untuk menjamin/menjaga keselamatan negara Isreal.....?

Jadi kita tepuk dada tanya selera kita sebagai umat Islam nak sokong dan bersama pemimpin yang membela Islam dan rakyat Gaza atau pemimpin yang membela Isreal?

Gombak!!!! Gempur!!!!

Laporan: gombakgempur

PANASS !! AHLI PAS SEUMUR HIDUP GESA RAKYAT KEDAH TOLAK PAS !!





Sudah terbukti Pas tidak pernah membela nasib ahlinya..Pekara ini diakui oleh Mohd Khairi  yang menjadi ahli Pas sejak 1999, kecewa dengan sikap pemimpin Pas tidak pernah memberi bantuan terhadapnya ketika beliau terlibat dalam kemalangan..

Selama 13 tahun beliau berkorban untuk Pas, akhirnya beliau kecewa dengan prisip parti Pas kini jauh terpesong dari landasan sebenar..