Wednesday 6 April 2016

Beli kain guna duit GST: PM mahu Rafizi mohon maaf




KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan surat tuntutan kepada Mohd Rafizi Ramli supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan wang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berhubung pembelian kain di sebuah gedung tekstil terkemuka di negara ini.

Mohd Hafarizam berkata, beliau mendapat arahan daripada perdana menteri semalam untuk menyiapkan dan menyerahkan surat tuntutan kepada Naib Presiden PKR itu secepat mungkin.

Mohd Rafizi, yang juga Setiausaha Agung PKR didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika perhimpunan mansuh GST di Dataran Merdeka, 2 April lepas.

- Bernama


Rasanya Rafizi tidak pernah serik untuk terus menabur fitinah kepada Najib, walaupun sebenarnya dia tahu risiko yang akan diterima akibat mengfitnah.

- TR 

No comments:

Post a Comment