Tuesday, 5 April 2016

PILIHAN RAYA NEGER SARAWAK KE 11

Bahang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 makin terasa, sekejap panas, sekejap sejuk sebaik Ketua Menteri Sarawak kelima, Tan Sri Adenan Satem yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Pehen Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud (kini TYT Negeri Sarawak).
Sejuk bila. ADUN terdahulu dikekalkan, panas bila ada yang gugur, tak kurang yang melepaskan jawatan dengan alasan memberi laluan kepada calun "muda".

Tdiak mahu membuang masa dan ingin memastikan PBB/Barisan Nasional menang besar, jentera PP telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan Pelancaran Jentera Pilihanraya Zon Kuching bertempat di Auditorium Ibu Bejapat PBB, Petra Jaya.

Turut hadir, YB Dato, Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar, YB Dato' Sri Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Petrajaya dan pemimpin-pemimpin tertinggi serta pemuda PBB hadir.

Walaupun ada yang menganalisa parti komponen Barisan Nasional Sarawak akan menang besar, itu bukan petunjuk sebenar. PBB dan parti-parti dibawah bendera Barisan Nasiional Sarawak perlu berkerja keras bagi memastikan pengundi tidak terpinggir dan rasa terpinggir dalam arus pembangunan dan pemodenan masyarakat. 


Rohani Karim bersama pemimpin wanita PBB








No comments:

Post a Comment