Wednesday, 6 April 2016

Beli kain guna duit GST: PM mahu Rafizi mohon maaf




KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan surat tuntutan kepada Mohd Rafizi Ramli supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan wang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berhubung pembelian kain di sebuah gedung tekstil terkemuka di negara ini.

Mohd Hafarizam berkata, beliau mendapat arahan daripada perdana menteri semalam untuk menyiapkan dan menyerahkan surat tuntutan kepada Naib Presiden PKR itu secepat mungkin.

Mohd Rafizi, yang juga Setiausaha Agung PKR didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika perhimpunan mansuh GST di Dataran Merdeka, 2 April lepas.

- Bernama


Rasanya Rafizi tidak pernah serik untuk terus menabur fitinah kepada Najib, walaupun sebenarnya dia tahu risiko yang akan diterima akibat mengfitnah.

- TR 

Pakatan Harapan Lemah Di Sarawak - Penganalisis




Pakatan Harapan Lemah Di Sarawak - Penganalisis


Oleh Anas Abu Hasan dan Mohd Faizal Hassan

KUCHING, 6 April (Bernama) -- Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara dilihat lemah dan tidak mempunyai kerjasama kuat yang boleh menggugat Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang, kata penganalisis politik.

Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Faisal S. Hazis berkata ini disebabkan sehingga kini belum ada konsensus rasmi yang dicapai oleh ketiga-tiga parti dalam komponen pakatan itu menjelang PRN.

"Ketika era Pakatan Rakyat dahulu pun ketiga-tiga parti (termasuk PAS) sukar untuk menawan kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) Sarawak tapi kalau dah tiada persefahaman dan kini tubuh pula pakatan baharu makin susah mereka untuk menang," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata keadaan Pakatan Harapan bertambah rumit apabila PAS yang sudah terkeluar daripada blok pembangkang itu turut akan bertanding bagi beberapa kerusi yang akhirnya mewujudkan persaingan tiga penjuru atau lebih.

Justeru, Faisal berkata BN tidak perlu bimbang kerana sekiranya keadaan ini berterusan, maka agak sukar untuk Pakatan Harapan, termasuk PAS, menawan kerusi DUN yang memang dikuasai sekian lama oleh BN.

Senada dengannya, Pensyarah Kanan Sejarah China Moden dan Sejarah Malaysia (Sarawak) Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Suffian Mansor menyifatkan mustahil untuk blok pembangkang menawan hati pengundi Sarawak dengan menggunakan isu dari Semenanjung mahupun isu berkaitan tempatan.

"Mereka tidak faham situasi dan politik di sini. Jadi agak sukar dan mustahil bagi PKR dan PAS untuk memenangi kerusi kali ini. Memang tiada harapan.

"Kecuali DAP. Itu pun jika tidak berlaku perebutan kawasan dengan PKR," katanya.

Beliau menjelaskan faktor lain yang mungkin memberi sedikit peluang dan ruang kepada pembangkang adalah berlakunya ketidakpuasanhati calon, atau kerusi di kalangan komponen BN yang kerap berlaku dalam mana-mana pilihan raya.

Menurutnya, jika isu tersebut tidak ditandingi dengan baik dan cepat, kedudukan dan kekuatan BN mungkin tergugat sekaligus merencatkan kemenangan bersih mereka.

Sebelum ini, komponen Pakatan Harapan Sarawak terdiri daripada DAP mengumumkan akan bertanding bagi 30 kerusi, manakala Amanah 13 kerusi, dan PKR pula dijangka bertanding bagi 40 kerusi DUN namun masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi.

PAS yang tidak termasuk dalam Pakatan Harapan pula turut mengumumkan akan bertanding bagi 11 kerusi DUN pada PRN ini, yang menyaksikan sebanyak 11 kerusi DUN baharu diperkenal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun lepas, menjadikan kesemuanya 82 kerusi.

Pada pilihan raya negeri 2011, BN menguasai 55 daripada 71 kerusi dalam DUN Sarawak manakala DAP memenangi 12 kerusi (Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawa, Jepok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau, dan Pujut, yang wakil rakyatnya dipecat daripada parti pada 2013), PKR (Batu Lintang, Krian dan Ba'Kelalan) dan satu kerusi disandang wakil bebas (Pelagus).

Sementara itu Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui Bernama menasihatkan parti luar yang asing dengan budaya Sarawak supaya tidak terlalu yakin untuk bertanding dalam PRN kali ini.

Wan Junaidi, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata masyarakat di Sarawak tidak memerlukan pengaruh asing dari luar yang cuba memainkan sentimen benci dan perpecahan di kalangan kaum di negeri ini hanya atas dasar mahu memenangi PRN.

"Perjuangan mereka bukan mirip bantu Bumiputera atau demokrasi. Politik yang dibawa mereka telah mula berubah kepada lebih agresif, maki hamun dan ada unsur pemusnahan karakter," katanya.

-- BERNAMA

Majlis Perasmian Penutupan Kembara Kebajikan 1Malaysia oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi


Program Kembara Kebajikan 1Malaysia yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada 11 Mac hingga 10 Mac 2016 bertempat di Kompleks Sukan Lundu, Sarawak akan berakhir di Bagan Datoh, Perak dan majlis penutupan rasmi akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Serbaguna Hutan Melintang, Bagan Datoh, Perak.

Program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), agensi dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat antara objektif program kembara bebentuk kebajikan, kesukarelawan dan aktiviti kebajikan menerusi pendekatan pendampingan sosial.

Program ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi, sektor koprat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam aktiviti berbentuk khidmat sosial kepada komuniti.

Tuesday, 5 April 2016

PILIHAN RAYA NEGER SARAWAK KE 11

Bahang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 makin terasa, sekejap panas, sekejap sejuk sebaik Ketua Menteri Sarawak kelima, Tan Sri Adenan Satem yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Pehen Sri Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud (kini TYT Negeri Sarawak).
Sejuk bila. ADUN terdahulu dikekalkan, panas bila ada yang gugur, tak kurang yang melepaskan jawatan dengan alasan memberi laluan kepada calun "muda".

Tdiak mahu membuang masa dan ingin memastikan PBB/Barisan Nasional menang besar, jentera PP telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan Pelancaran Jentera Pilihanraya Zon Kuching bertempat di Auditorium Ibu Bejapat PBB, Petra Jaya.

Turut hadir, YB Dato, Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar, YB Dato' Sri Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Petrajaya dan pemimpin-pemimpin tertinggi serta pemuda PBB hadir.

Walaupun ada yang menganalisa parti komponen Barisan Nasional Sarawak akan menang besar, itu bukan petunjuk sebenar. PBB dan parti-parti dibawah bendera Barisan Nasiional Sarawak perlu berkerja keras bagi memastikan pengundi tidak terpinggir dan rasa terpinggir dalam arus pembangunan dan pemodenan masyarakat. 


Rohani Karim bersama pemimpin wanita PBB