Wednesday, 30 March 2016

Lim Guan Eng semakin hilang integriri

Tiada ada apa yang hebat dalam cerita politik semasa DAP selain kisah pembelian banglo 2.8 juta yang dijual oleh Pang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan harga dibawah pasaran. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan kalangan ahli politik DAP yang cuba mempertahankan "BOSS" mereka lebih memburukan keadaan sehingga satu arahan dikeluarkan supaya tiada lagi kenyataan dibuat oleh mana-mana ahli DAP.



Dalam pada itu Teresa Kok dalam satu kenyataan mendakwa banglo Ketua Menteri, Lim guan Eng dijual pada harga murah disebabkan "Feng Shui" yang tidak bagus, atas sebab itu pemilik asal Miss Pang memutuskan untuk menjual pada harga yang "murah" kepada Lim, juga merupakan Setiausaha DAP yang jawatannya masih belum disahkan oleh ROS.

"Sebenarnya harga rumah (Guan Eng) tersebut lebih murah dari harga pasaran disebabkan Miss Phang rasa bangga dapat jual pada Katua Menteri Pulau Pinang. Sebab pada dia Feng Shui rumah tersebut tidak bagus sejak Guan Eng masuk kerana banyak tunjuk perasaan malah pengkebumian Guan Eng diadakan di luar rumah tersebut." katanya.


Persoalannya, adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bersikap telus dalam menjalankan siasatan atau akan menjadi seperti The Registry of Societies Malaysa (ROS) yang sehingga kini "membisu" mengenai keputusan pemilihan jawatankuasa DAP yang menjadi tandatanya.

                 






No comments:

Post a Comment