Tuesday, 15 January 2013

Kalimah Allah : Kompromi oleh Majlis Syura PAS ??





Mengikut sumber dari Pejabat Agung PAS, keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) ini adalah kompromi diantara kedua-dua pihak yang bertelagah mengenai keharusan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Kompromi ini pada zahirnya memenangkan pihak yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, khususnya Dr. Haron Din dan Harun Taib, tetapi ia pada masa yang sama tidak pula menjatuhkan air muka pihak yang menyokong , khususnya Tuan Guru Nik Aji dan Tuan Guru Hadi, dengan mengekalkan kenyataan asal mereka, iaitu bahawa orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, tetapi dengan membuat satu penambahan/penjelasan lain, iaitu bahawa kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah ini hanyalah untuk sebutan/amalan biasa sahaja (lisan/bertulis) dan bukan dalam konteks terjemahan rasmi (bertulis/lisan).

Mengikut sumber-sumber juga, Tuan Guru Nik Aji khususnya kelihatan agak kecewa dan tertekan dengan keputusan yang tidak menyebelahi ini. Bagaimanapun beliau tetap berlapang dada untuk menerima apa sahaja keputusan MSU, kerana keputusan MSU tidak bertentangan sepenuhnya dengan pendirian peribadi beliau sendiri dan kerana untuk menjaga perpaduan parti.

TG Hadi pula dikatakan tidaklah terlalu terkesan dengan keputusan MSU ini memandangkan beliau sendiri sebenarnya dikatakan kurang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah ini, hanya berliau terpaksa menyatakan pendirian sebaliknya sebagai mengikuti saranan dan membaca teks keyataan media yang disediakan oleh Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang diketuai oleh tokoh progresif/liberal PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Keputusan MSU ini juga tidaklah begitu bertentangan dengan kenyataan TG Hadi sebelum ini yang membenarkan penggunaan kalimah Allah ini dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Keputusan MSU ini malah boleh diwar-warkan sebagai menjelaskan lagi maksud asal kenyataan TG Hadi dimana perincian maksud disalahgunakan.

No comments:

Post a Comment