Friday 30 November 2012

Kerja Gila!! Masjid GAY Akan Dibina Di Peranchis

Ini lah yang dinamakan melanggar norma-norma kehidupan manusia. Adakah ini yang kita mahukan berlaku didalam negara kita? Kesamarataan? Mengiktiraf LGBT!!!

Ludovic Mohammed Zahed mengundang bahang kontroversi. Beliau seorang Muslim “homoseksual” dan mengaku “pakar” dalam Al-Quran merancang untuk membuka “masjid mesra gay” (Masjid “The Unity”) di Paris menjelang 30 November ini. Ia menganggapnya sebagai tempat perlindungan serta ibadat.

"Kita perlu mempunyai ruang yang selamat bagi orang-orang yang tidak berasa selesa dan selesa dengan norma-norma masjid biasa," Zahed memberitahu ABC News. "Terdapat orang homoseksual yang terdedah pada keganasan, wanita yang tidak mahu memakai tudung kepala dan dipaksa duduk di belakang masjid. Projek ini memberikan harapan kembali kepada orang-orang yang beriman yang banyak di dalam masyarakat saya.”

"Solat biasa yang diamalkan dalam suasana egalitarian dan tanpa apa-apa bentuk diskriminasi berasaskan gender adalah salah satu daripada tiang yang menyokong pembaharuan yang dicadangkan Perwakilan Islam Progresif kami," tambah beliau.

Masjid “The Unity” beliau pada mulanya akan beroperasi di sebuah kuil Buddha di kawasan pe
nempatan di timur Paris. Ia bakal menekankan agar "semua orang menerima setiap golongan sebagai ciptaan Tuhan .... Saya berharap lelaki “bukan homoseksual” akan berdoa bersama-sama dengan lelaki dan wanita “homoseksual” kata Zahed yang enggan mengumumkan lokasi tepat tempat tersebut atas sebab keselamatan.

“Masjid” Zahed akan “menghormati” beberapa tradisi Islam seperti solat Juma’at dan kontrak perkahwinan Islam (Nikah) bagi tujuan “memberkati perkahwinan” sesame jantina. Ia juga akan melaksanakan upacara pengebumian (Janazah) bagi mereka yang telah dinafikan upacara pengebumian Islam tradisional yang berdasarkan undang-undang syariah disebabkan orientasi seksual mereka.

"Ia adalah tempat yang selamat untuk beribadah," menurut Zahed, dimana tiada soalan agama yang tidak akan diabaikan. "Imam kami akan bercakap mengenai sebarang topik tanpa pantang larang." Zahed akan menjadi salah satu daripada tiga Imam, bersama-sama seorang mualaf wanita bangsa Perancis dan seorang lagi lelaki yang sedang dilatih.

"Etika semasa Islam mengecam orientasi seksual," berkata, Zahed "tetapi tiada dalam Islam atau Al-Quran yang melarang homoseksual. Malah, selama berabad-abad, umat Islam tidak pernah melihat homoseksual sebagai kekejian yang melampau sepertimana yang mereka lakukan hari ini."

Menurut Zahed, penyair-penyair Islam terkenal menulis bait-bait yang memuliakan lelaki kacak. Ada yang ditafsirkan sebagai metafora untuk mengasihi Tuhan, tetapi ada juga seolah-olah sebagai rujukan bagi hubungan intim sesame seks. Zahed berhujah bahawa homoseksualiti menjadi jenayah hanya di bawah kolonialisme Eropah.

"Dari ke-10 untuk abad ke-14, masyarakat Islam merupakan gabungan masyarakat yang jauh lebih kaya dari aspek undang-undang, rasional dan mistik," kata Zahed. "Mereka melihat seksualiti sebagai satu aspek potensi kehidupan, dan mereka melihat dalam harapan untuk mendalami aspek kerohanian itu sendiri."

Jika masjid ini menjadi simbol kebebasan baru sekalipun, komuniti gay dan homoseksual tetap akan merasakan diri mereka teraniaya dan dipulaukan, menurut Nasser, seorang homoseksual secara terbuka dari kota Paris.

Walaupun ia akan menjadi masjid pertama gay di Paris, adalah dipercayai terdapat 21 masjid gay lain bertaburan sekitar Amerika Syarikat, Kanada dan Afrika Selatan.

Masjid Paris Zahed akan diilhamkan oleh usaha yang dijalankan oleh kumpulan Umat Islam untuk Nilai Progresif Amerika Utara (Muslims for Progressive Values in North America) yang mengamalkan ibadah dalam suasana egalitarian dan tanpa sebrang bentuk diskriminasi berasaskan seksualiti atau gender.


p/s : perkara ini amat membimbangkan sekiranya benar-benar belaku, nilai mulia agama Islam itu telah dikotori oleh golongan yang berfikiran bebas dan kesamarataan dalam kehidupan. 

Thursday 29 November 2012

Wakil Hamas Jumpa Najib di PWTC Dikatakan Pengganas !!!


Persoalan timbul apabila kehadiran Usamah yang mewakili Hamas telah disalah tafsir dan paling menimbulkan tandatanya kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sanggup berjumpa dengan Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kehadiran Usamah bertujuan memenuhi jemputan satu forum antarabangsa yang telah berlangsung di ibu negara ini kononnya menunjukan keperihatinan negara ini terhadap nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa keganasan Israel baru-baru ini.

Lanjut disini >>>> http://networkedblogs.com/FiQbC
    Ikuti liputan semasa #PAU12 

LIVE dari PWTC bersama radio online Tea Tarik YB .FM

#PAU12 : Abby Teringin Nak Datang?


Abby kemaruk nak datang PAU12, sehinggakan majlis terbesar UMNO ini mendatang ke”gianan” pada dia untuk turut serta bersama artis-artis lain.

Namun, jalan ke syurga yang telah dijanjikan oleh PAS telah membutakan mata dan hatinya sehinggakan dengan mudah menuduh PAU12 penuh dengan maksiat.

#PAU2012: PEMUDA UMNO MOHON CALON MUDA DINAIKKAN!!


Seluruh anggota Umno seharusnya menerima baik hasrat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menampilkan calon muda, yang juga muka baharu, untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, seiring transformasi politik yang dilaksanakan parti dan Barisan Nasional (BN).

Ini penting dan selaras dengan usaha menampilkan pemimpin muda sebagai pemimpin hari ini dan bukan lagi seperti ungkapan 'generasi muda adalah pemimpin masa hadapan', yang sudah tidak lagi relevan.

Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim berkata pemimpin muda yang ada dalam parti masa kini perlu dilatih dan diberi peluang untuk memastikan kesinambungan kepimpinan parti dan negara, sekali gus menjadikan Umno dan BN lebih kukuh.

Beliau berkata, gabungan pemimpin berpengalaman, bersama calon muda dan muka baharu untuk bertanding 222 kerusi parlimen dan 505 dewan undangan negeri (DUN) pada pada pilihan raya umum kelak, akan menghasilkan komposisi gandingan kepimpinan yang mantap. 

"Ini perlu kerana ia akan dapat menyakinkan rakyat bahawa Umno adalah sebuah parti yang dinamik dan kita akan berubah mengikut suasana. Gandingan pemimpin berpengalaman dan muka baharu yang lebih mahir dengan teknologi selari dengan pendekatan hari ini. Ia adalah kelebihan yang boleh kita manfaatkan," katanya kepada Bernama hari ini.

Bersandarkan kepada keanggotaan hampir 700,000 ahli Pemuda Umno dan 395,674 Puteri Umno, Umno pastinya tidak ketandusan pemimpin yang dapat memahami hati dan minda golongan muda.

Memetik pepatah Melayu, 'kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya', Razali berkata peluang yang diberi kepada pemimpin muda akan membolehkan Umno meneruskan kelangsungan politik parti itu.

"Cuba tengok pembangkang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) berkata selepas 22 tahun beliau tak nampak ada orang layak memimpin Kelantan. Dia sebagai pemimpin, dia tidak melahirkan penggantinya," katanya.

Selain itu, beliau berkata, pembangkang yang sebelum ini asyik mendendangkan tentang generasi baharu dalam perjuangan politik mereka, masih tetap menyenaraikan muka 'orang yang sangat lama' untuk mewakili parti berkenaan.

Penampilan calon muda dan muka baharu, katanya adalah satu proses untuk melahirkan barisan pemimpin pelapis untuk meneruskan kesinambungan pembangunan negara.

"Seorang pemimpin yang baik bukan sahaja dinilai daripada segi bakat kepimpinan, tetapi mereka juga mampu menyediakan pelapis dan proses peralihan ini telah bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman sehinggalah Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjamin proses pembangunan negara tidak terhenti," katanya.

Razali berkata gabungan pemimpin lama dan calon muda akan dapat membantu parti memenangi hati dan minda golongan muda kerana daripada 13.1 juta pengundi berdaftar sehingga suku ketiga tahun ini, 42 peratus adalah pengundi muda di bawah 40 tahun.

Mengenai calon boleh menang di kalangan muka baharu, kata beliau, selain layak mereka mestilah mempunyai kelebihan tersendiri seperti ahli perniagaan, pendakwah, penggiat kebudayaan dan tokoh sukan, menjadikan mereka ikon disegani.

"Mereka harus dikenali ramai dan tidak semestinya di kalangan orang lama sahaja. Sebab ada orang baharu yang mencipta nama malahan rakyat mengenali mereka lebih daripada pemimpin sedia ada," katanya.

Bagi Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, sayap bongsu Umno itu menyambut baik langkah menampilkan calon muda dalam pilihan raya umum kelak.

"Ini menunjukkan YAB Perdana Menteri dan kepimpinan Umno mengiktiraf peranan yang dimainkan generasi muda dengan memberi ruang serta tempat untuk generasi muda menjadi sebahagian daripada pembuat dasar," katanya.

Beliau berkata, langkah ini memberi isyarat bahawa Umno konsisten dengan proses transformasi yang dipelopori perdana menteri.

Ini membuktikan Umno adalah parti yang sentiasa mengamalkan peremajaan, bersifat inklusif dan memberi ruang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, katanya. - Bernama

Utusan Malaysia : Harimau Malaya Baham Laos

Mungkin segelintir dari kita mempersendakan kemenangan dengan
pasukan bolasepak Laos, tapi itu la yang semua rakyat Malaysia mahukan... kemenangan.

Mampukan Harimau Malaya Terus Mengamun ?

Kemenangan pasukan Malaysia menumpaskan Loas 4 -1 
pasti jadi bualan "terhangat" penyokong pasukan kebangsaan kita. Namun begitu mampukah kita mempamerkan aksi lebih baik dari apa yang kita saksikan di Stadium Bukit Jalil ? 

Tidak dinafikan, setelah diaibkan oleh Singapura (3-0) tempoh hari dan diasak 
dari pelbagai sudut oleh penyokong Malaysia, corak permainan mereka sangat berubah.

Persoalan? Mampukan kita menyekat Indonesia ...





Tektik Pembangkang Sebar Maklumat Palsu Melalui Laman Sosial Didedah

Kelab UMNO Luar Negara hari ini mendedahkan kegiatan pembangkang yang sering mengeluarkan maklumat salah terhadap UMNO dan dasar-dasar kerajaan persekutuan dalam laman web sosial dan laman blog.

Perwakilan Kelab UMNO luar negara yang berpusat di Pennsylvania, Amerika Syarikat, Muhammad Haziq Syamin Abd Halim berkata, beliau sering melayari laman web sosial dan media dalam talian untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai Malaysia.

"Melalui pemerhatian saya, terdapat banyak media online (dalam talian) dan laman web sosial yang dipercayai milik pembangkang sering melaporkan bahawa Umno parti yang tidak menegakkan Islam sebenar dan Islam di Malaysia dalam persengketaan," katanya kepada Bernama di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Haziq Syamin berkata, beliau mendapat tahu hal sebenar yang berlaku di Malaysia setelah pulang ke tanah air untuk menyertai Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

"Sikap pembangkang yang mengeluarkan penipuan semata-mata untuk mempengaruhi anak muda (penuntut) di luar negara mencerminkan bahawa parti pembangkang ini sememangnya tidak boleh dipercayai," katanya.

Beliau berkata, terdapat tujuh cawangan Kelab UMNO Luar Negara di sekitar Amerika Syarikat, dengan yang terbesar berpusat di bandar New York dan Chicago.

"Peranan kami adalah untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan juga penduduk tetap warga Malaysia di situ selain menyebarkan maklumat tentang dasar-dasar kerajaan Malaysia," katanya.

Sementara itu, perwakilan UMNO luar negara yang berpusat di Lancaster, Dir Kheidhrein Kamaruddin berkata, seorang pemimpin pembangkang pernah ke kawasan di sekitar United Kingdom tahun lepas untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

"Pemimpin pembangkang itu turut menyatakan bahawa partinya akan menjadikan Malaysia negara kebajikan untuk cuba mempengaruhi anak-anak muda.

"Mereka menyebarkan ideologi songsang kerana pada pendapat mereka kumpulan pelajar ini mampu mempengaruhi landskap pemerintahan negara pada masa depan, namun kami yang peka dengan perkembangan politik semasa di tanah air tidak termakan umpan mereka," katanya. - sumber BERNAMA

>>>kita tak perlu heran, tapi kita perlu berhati-hati dengan setiap gerak-tari mereka untuk merampas kuasa dari BN secara kotor.

Media Pembangkang Terkangkang Kena Selar Dengan Kak Jat




Datuk Seri Sharizat Jalil menyelar sikap protal media pro pembangkang yang gemar menulis dengan sesuka hati tetapi tidak mahu bertanggungjawab sekiranya setiap tulisan mereka adalah tidak benar dan hendaklah berlaku adil dalam setiap laporan mereka. 

Beliau juga dalam ucapan dasarnya mengingatkan dan memberi amaran, kemungkian terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 akan berlaku sekiranya UMNO kehilangan kuasa pada pilihanraya akan datang,


>>>dah katanya pro pembangkang, mana dorang reti nak tulis yang elok-elok, nampak yang buruk aje. 



Nurul Izzah Ada Hati Nak Bedebat Dengan Najib


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar hari ini dicabar berdebat dengan Pergerakan Puteri UMNO sebelum memasang hajat untuk berbuat demikian dengan Presiden UMNO atau pemimpin tertinggi lain.
Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff berkata, anak kepada Ketua Pembangkang itu diingatkan agar tidak hanya menunjukkan keberanian dengan mencabar Presiden dan Timbalan Presiden parti.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121128/po_24/Nurul-Izzah-dicabar-berdebat-dengan-Puteri-UMNO#ixzz2DXH9PXv9
© Utusan Melayu (M) Bhd 



>> Ini la dikatakan ..walaupun hidung tu mancung, tapi hidung tersorong-sorong

Wednesday 28 November 2012

Piala AFF 2012 : Malaysia benam Laos 4 - 1

AKSI pemain Malaysia, Khyril Muhymeen Zambri (tengah) ketika menjaringkan gol keempat pada perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Keputusan penuh Malaysia 4, Laos 1.

10 Perkara Penting Dalam Ucapan Dasar KJ



10 perkara utama dalam ucapan dasar KJ adalah seperti berikut:

1. Pemuda sentiasa mengambil berat aspek latihan dan penghak upayaan di kalangan generasi muda. 

Pemuda juga meyambut baik program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang dirangka khusus untuk mempertingkatkan keupayaan graduan kita mendapatkan pekerjaan, dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga firma-firma swasta. 

2. Isu kebanjiran buruh asing dalam Negara. Pemuda serius dalam mengkaji tren pengaliran masuk pekerja asing ke dalam sector lain, lebih-lebih lagi sector perkhidmatan. 

3. Selaku Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), saya kerap melihat syarikat-syarikat tempatan Berjaya menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, sehingga standing dengan pesaing-pesaing mereka dari luar Negara. Pemuda simpatetik dengan musibah yang menimpa syarikat-syarikat ini, dan berharap kerajaan dapat membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan. 

4. Seterusnya kami ingin memberi cadangan tentang agama, khususnya tentang zakat yang merupakan salah satu rukun Islam. Agama kita mewajibkan kebajikan dan bantu-membantu antara satu sama lain. Pemuda mencadangkan agar kerajaan memperluaskan usaha mencari asnaf di setiap peringkat, agar bantuan zaqkat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. 

5. Pemuda mengusulkan prakarsa kelima untuk mengembangkan lagi kelompok Perdagangan dan Perindustran Bumiputera terutamanya di kalangan usahawan dan professional muda. Pemuda juga berharap kerajaan akan menjana peluang lebih luas kepada golongan muda Bumiputera bagi menjawat tampuk penting dalam soal pengurusan atau penggubalan dasar termasuklah menjawat jawatan lembaga pengarah GLC. 

6. Satu lagi masalah yang ditanggung oleh orang muda, adalah apabila mereka terjerat dalam hutang dan akhirnya diistiharkan muflis dalam usia muda. Mereka gagal untuk meneruskan hidup dek bebanan kebangkrapan dan disenarai hitamkan. Pemuda menyeru kerajaan untuk memberi peluang kedua kepada golongan ini. Hari ini undang-undang kebangkrapan persis hukuman mati mandatory untuk golongan bangkrap ramai yang terkial-kial cuba keluar dari prosedur ketat, tapi gagal. 

7. Cadangan ketujuh menyentuh soal atap di atas kepala rakyat. Pemuda mengalu-alukan langkah kerajaan menambah baik Skim Rumah Pertamaku serta PR1MA. Namun ada 2 isu yang ingin Pemuda bangkitkan. Pertama, unit rumah PR1MA tidak cukup dan kedua tentang system cabutan ballot. Pemuda juga meminta agar kuota khas disediakan buat keluarga muda dalam semua projek perumahan PR1MA untuk memastikan kelompok ini tidak terlepas peluang. 

8. Cadangan Pemuda yang kelapan adalah tentang penstrukturan semula bantuan kebajikan. Ini kerana jumlah bantuan yang diberi perlu lebih logic untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik ini. Pemuda juga mendesak agar kerajaan dapat merombak semula dasar kebajikan, dari segi jumlah yang diberi dan kelayakkan pemohon agar niat kita dalam memberi pertolongan benar-benar tercapai. 

9. Cadangan yang kesembilan pula , Pemuda menggesa agar YAB PM tetap istiqamah dalam meneruskan program transformasi politik beliau. Transformasi politik amat penting bagi orang muda di mana jua. Kita mahukan apabila orang muda berfikir tentang perubahan, mereka yakin BN lah pilihan muktamad. BN lah parti yang berjuang untuk integrity, ketelusan, kebebasan dan keadilan dari dahulu kini dan selamanya. 

10. Cadangan kesepuluh merupakan satu initiative khas Pemuda UMNO yang bakal membawa berita baik kepada ribuan orang muda. Atas kesedaran ini, saya ingin mengumumkan satu initiative terbaru Pemuda UMNO yang bernama Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang telah dijalankan secara perintis di Pekan. 



Akhir kata ucapan dasar KJ berbunyi: 

Wahai pejuang-pejuang muda, detik penentu begini tak kerap tiba. Semboyan parti kita belum pernah menjerit selantang ini. Gemanya menyeru setiap kita, walau apa badai melanda, walau mati segala cita-cita, kita berikan segalanya di medan juang ini, hingga ke titisan darah yang terakhir! Ini ikrar kita, kita pastikan semua di luar sana tahu, pastikan sejarah tercatit, dikala seteru tiba, bala tentera Pemuda terpacak di barisan paling hadapan, sanggup berkorban demi agama, bangsa dan Negara. Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!