Wednesday, 16 January 2013

HARAKAHDAILY SEMAKIN JAUH MENYESATKAN GARA-GARA MABUK KUASA RAKYAT!!!


Tulah dia... duk mengata lagi kat orang UMNO, pemimpin UMNO dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan UMNO. Akhirnya Harakah yang dikuasai oleh barisan penjilat Anwar Ibrahim tetapi berjubah PAS, meakukan sesuatu yang mungkin bagi mereka, menyenangkan Anwar Ibrahim tetapi hakikatnya, mereka gembira kerana menyesatkan umat.

Mengapa jadi begini?

Bukankah barisan tenaga kerja Harakah, khabarnya cukup terlatih dan sangat istiqomah dalam perjuangan Islam? Bukankah juga mereka sentiasa dilatih menerusi tamrin, tazkirah, usrah, muqayyam dan sebagainya agar akidah mereka lebih utuh dan mereka sentiasa bertindak di atas kebenaran selain menginfaqkan seluruh tenaga dan usaha hidup demi Islam?

Tetapi mengapa pula jadi begini? Mengapa pula ada orang di dalam Harakah yang gagal memahami erti keimanan yang sebenar-benarnya sehinggakan tergelincir lidahnya bahawa KUASA RAKYAT adalah kuasa yang tidak boleh ditolak atau dilawan oleh mana-mana pemimpin?

Hebat sangatkah KUASA RAKYAT itu berbanding KUASA ALLAH TAALA? Mengapa mudah sangat terpengaruh dengan KUASA RAKYAT yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim?

Bukankah kuasa Allah Taala yang menaikkan sekelompok menjadi pemerintah dan menurunkan mana-mana pemerintah dari tampuk kuasa sebagaimana yang termaktub dalam Ayat 26 Surah Ali-Imran?

Itu adalah pendirian dan prinsip yang diimani oleh setiap orang Islam. Tidak ada kuasa lain yang dapat menaik atau menurunkan mana-mana pemimpin atau entiti politik. Namun Harakah mengambil langkah drastik, meninggalkan Allah Taala dan mabuk dengan KUASA RAKYAT yang sebenarnya tidak lebih daripada satu konsep retorik bagi menggambarkan Malaysia bukanlah sebuah negara demokratik dan kerajaan yang ada pada hari ini, bukannya kerajaan pilihan rakyat.

Kepimpinan tertinggi PAS seharusnya perlu mengaji dan menyekolahkan balik sesiapa sahaja yang ditugaskan untuk menjalankan Harakah, baik yang bercetak, mahupun portalnya. Apatah lagi mereka yang ebrhubung secara langsung dengan khayalak pembaca menerusi TWITTER, FACEBOOK dan sebagainya.

Buruk sangat kalau orang yang mengendalikan HARAKAH lebih kagum dengan KUASA RAKYAT dan beranggapan, tiada kuasa lain yang dapat mengalahkan KUASA RAKYAT!!!

No comments:

Post a Comment