Monday 13 May 2013

#PRU13 PANASS!! Rakyat Kelantan Minta BN Jangan Tunaikan Janji !!



Rakyat di kawasan Parlimen Gua Musang, mahu Kerajaan Persekutuan membatalkan hasrat menunaikan tujuh janji dalam manifesto BN untuk rakyat Kelantan.

Ini kerana secara keseluruhan rakyat negeri itu menolak BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu, dengan mengekalkan Pas di Kelantan.

Sebaliknya, mereka mahu kerajaan menunaikan janji itu di kawasan Parlimen dan Dun yang dimenangi BN sahaja.

Penduduk, Che Ahmad Said, 51, berkata, kawasan BN yang kalah itu menunjukkan pengundinya menolak projek pembangunan, yang dijanjikan kerajaan jika BN dapat memerintah Kelantan.

Beliau berkata, mereka langsung tidak memikirkan keperluan kemudahan asas di kawasannya, dan masih mahu hidup mundur di bawah pemerintahan kerajaan Pas.

"Oleh itu, Kerajaan Persekutuan hendaklah membatalkan hasrat melaksanakan tujuh janji BN termasuk pembinaan Jalan Kota Bharu - Kuala Krai dan beberapa projek lagi.

"Tak ada gunanya kerajaan melaksanakan kemudahan itu jika rakyat di kawasan terbabit menolaknya, dengan tidak memberi kemenangan kepada BN pada PRU13 lalu," katanya.

Hamzah Dol, 76, pula berkata, pengundi di kawasan lain perlu mencontohi Gua Musang, yang masih kekal memberi kemenangan kepada BN pada PRU13 lalu kerana mahukan kemajuan dikawasan berkenaan.

"Pembangunan yang lebih pesat di kawasan Parlimen itu sejak berpuluh tahun lalu, memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus menikmati pembaharuan,"katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, bukan sahaja kemudahan jalan, juga kemudahan lain yang boleh meningkatkan taraf ekonomi rakyat yang masih dahagakan kemajuannya.

"Tambahan pula Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai banyak pengalaman dalam pentadbiran, sekali gus akan membangunkan lagi kawasan berkenaan," katanya. - Sinar.

No comments:

Post a Comment