Jeling baik punyaaa ... selera la tu
Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor
mengenakan kadar premium tanah kediaman yang tinggi kepada rakyat di negeri itu
disifatkan sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
Malah, bayaran RM1,000 yang dikenakan di bawah Skim
Pemilikan Kediaman Persendirian (SPKP) sejak Jun lalu juga tidak menguntungkan
rakyat apabila mereka tidak berhak sepenuhnya ke atas tanah berkenaan sekiranya
keseluruhan premium tidak dibayar.
Sebelum ini, PKR telah menguar-uarkan membantu untuk
mengurangkan beban rakyat dengan mengenakan premium tanah yang rendah namun,
semua itu hanyalah janji palsu. Kadar premium tanah yang ditetapkan oleh
kerajaan PKR itu meliputi seluruh Selangor. Dua pilihan diberikan sama ada,
membayar premium mengikut formula yang ditetapkan oleh kerajaan PKR atau
bayaran RM1,000 menerusi SPKP.
Bagaimanapun, di bawah skim berkenaan, pemilik tidak boleh
membuat pinjaman menerusi bank selagi tidak menjelaskan premium tanah manakala
pindah milik tanah hanya boleh ditukarkan kepada warisnya!
Sebelum ini, kerajaan PKR Selangor telah memperkenalkan SPKP
yang mula dilaksanakan awal Jun lalu bertujuan memudahkan rakyat negeri itu
memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel. Bagaimanapun, kita
mendapati rakyat perlu menjelaskan bayaran premium yang tinggi untuk
memperbaharui tempoh pajakan tanah sebelum sah menjadi pemilik hartanah.
Ini berbeza dengan apa yang ditetapkan semasa pemerintahan
kerajaan Barisan Nasional (BN) yang jauh lebih rendah, PKR ternyata lebih
mementingkan keuntungan.
Sebagai contoh, premium untuk tempoh pegangan selama 60
tahun yang ditetapkan kerajaan BN hanya RM2,500 bagi keluasan tanah 464 meter
persegi berbanding RM75,000 yang ditetapkan kerajaan PKR. Bagi tempoh pegangan
99 tahun pula premium yang ditetapkan BN sebanyak RM12,500 manakala PKR
menetapkan sebanyak RM123,750!
Pembohongan yang dilakukan kerajaan PKR perlu didedahkan
agar semua rakyat tidak terpedaya dengan taktik kotor mereka. Mereka dilihat
beria-ia menyediakan pilihan kedua kepada rakyat dengan mengenakan bayaran
RM1,000 tetapi tidak pula menjelaskan syarat-syarat yang terkandung.
Justeru, ramai rakyat tidak tahu mereka sebenarnya diperdaya
dengan taktik pemilikan tanah melalui bayaran SPKP namun, hakikatnya mereka
tidak berhak ke atas tanah tersebut! Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.
Suara Politik
Belantan
No comments:
Post a Comment