Wednesday, 16 January 2013

Selepas cetus isu Kalimah Allah,Guan Eng kata 'saya perlu hati-hati bercakap'


lim-guan-eng-wajah
Samada sedar atau tidak sudah tiga minggu berlalu orang Islam di negara ini berentap tentang isu Kalimah Allah.
Ini semua gara-gara bola tanggung dari Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng pada 24 Disember lalu menerusi perutusan Hari Krismas menggesa kerajaan membenarkan penganut Kristian di negara ini menggunakan perkataan 'Allah' dalam Bible bahasa Malaysia.
Siapa agaknya yang rugi dan siapa yang untung bila umat Islam negara ini bercakar bertekak tentang bab ini.
Kalau kita singkap balik di masa lampau isu-isu berkait tentang agama jarang sekali berbangkit.
Namun sejak tunami politik PRU ke 12,segala macam mak nenek timbul apabila pakatan PAS-PKR-DAP masing-masing berebut hendak memperkukuhkan pengaruh politik dalam cita-cita hendak ke Putrajaya pada PRU ke 13.
Ada pemerhati yang melihat Guan Eng tidak rugi apa-apa melontar gesaan yang membuat orang Islam kelamkabut itu.
Bodoh sangat kalau ada yang berfikir Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak dapat menjangka ribut yang akan melanda dari perutusan Hari Krismas itu.
Soalnya beliau peduli apa.Andaian yang dapat dibuat mungkin sasaran membuat gesaan itu adalah untuk menambat hari penganut Kristian di negara ini untuk mengundi DAP.
Tolak dulu di semenanjung,DAP dan pakatan pembangkang memang mengidam untuk pecahkanfixed deposit Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak.
Itu antara harapan mereka untuk merintis jalan ke Putrajaya.
Guan Eng boleh relaks cuci tangan begitu saja.Nak marah..marahlah.Mungkin sikit pun tidak jadi kudis padanya.
Apa nak buat sekutunya PAS sedia jadi Pak Pandir sepanjang masa termasuk dalam kontroversi ini.
Datuk Nik Aziz Nik Mat kena  buat U-turn dalam pendirian dan Mat Sabu begitu juga.
Semuanya bagai nak terlondeh kain kena melayan karenah anak Lim Kit Siang ini.
Ketika isu ini nampak macam nak sampai ke penghujungnya dengan keputusan Majlis Syura PAS orang bukan Islam boleh guna kalimah Allah tapi tidak boleh terjemah,tentu ramai hendak tahu apa agaknya reaksi Guan Eng.
Yang pasti kini dengan pendirian rasmi badan tertinggi PAS itu hajatnya gesa kerajaan benarkan kalimah Allah diterjemah dalam Bible versi Bahasa Malaysia tidak mungkin ada tercapai.
Dan...seperti diduga Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengambil jalan selamat.
Beliau mengelak dari memberi sebarang ulasan mengenainya semasa satu sidang media di Pulau Pinang Selasa.
"Ramai wartawan yang hadir dan saya perlu hati-hati cakap," katanya sebelum memberi kenyataan mengenai cadangan kerajaan negeri untuk menawarkan tender bagi projek pembangunan dan pengurusan tanah kerajaan negeri di Sandiland Foreshore di Jalan C.Y Choy.
Selepas memberi kenyataan mengenai projek itu, Guan Eng dengan suara yang perlahan tanpa menggunakan pembesar suara berkata: "Ada apa-apa soalan tak?" sebelum bingkas bangun dan beredar.
Isnin,cubaan seorang wartawan untuk bertanya mengenai bab isu kalimah Allah mendapat reaksi serupa.
Kata Guan Eng beliau tidak akan memberi sebarang komen secara lisan tetapi akan menjawabnya secara bertulis bagi mengelak sebarang spekulasi.
Pelik juga beliau tiba-tiba merasa perlu sangat berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan mengenai siu Kalimah Allah.
Kenapa agaknya Guan Eng tidak merasa gementar semasa membangkitkannya pada 24 Disember lalu.
Jawabnya...kalau tak boleh fikir sendiri...elok naik feri Pulau Pinang dan terjun ke dalam laut 

No comments:

Post a Comment