Pengasas Pondok An-Najmiyah di Pengkalan Kubur, Kelantan,
Abdullah Samah berkata tindakan PAS mengubah pendirian dan akhirnya akur dengan
menyatakan bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk Islam dan tidak boleh
diguna agama lain membuktikan mereka jahil dalam agama dan tidak layak menjadi
pemimpin.
“Berkaitan wujud pihak yang nak membenarkan penggunaan
kalimah Allah (oleh bukan Islam) dan kemudian kembali rujuk (ubah pendirian),
membuktikan kepada kita mereka (PAS) ini jahil dalam agama, bagaimana mereka
nak tegakkan Islam?.
“Bila dah ‘lekat celah pagar’ barulah nak rujuk kembali
(ubah pendirian). Segalanya terbukti mereka ini celaru, (ilmu) politik tak
cukup, (ilmu) agama tak cukup,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan
Bernama.
Abdullah mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS
malam tadi yang memutuskan bahawa kalimah Allah hanya untuk Islam setelah
didesak pelbagai pihak termasuk mufti-mufti negeri.
Semalam, Minda Pondok, sebuah badan bukan kerajaan (NGO)
yang diangotai beberapa sekolah pondok di Kelantan, membuat laporan polis
berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Antara lain, NGO itu menuntut tindakan tegas diambil
terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta pemimpin Islam yang menyokong
cadangan penggunaan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu tersebut.
Anggota Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusoff
yang mewakili kira-kira 100 guru agama, berkata isu itu mengguris perasaan umat
Islam dan tidak sepatutnya berbangkit selaras dengan keputusan Majlis Fatwa
Kebangsaan.
“Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan orang bukan Islam
tidak boleh menggunakan kalimah Allah dan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan
pada Disember 1981 juga mengambil tindakan sama.
“Kami bimbang jika isu ini tidak ditangani dengan baik, ia
boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara berpanjangan di negara yang
rakyatnya berbilang kaum dan menganuti pelbagai agama,” katanya kepada
pemberita selepas membuat laporan itu di Balai Polis Binjai.
Suara Politik
Belantan
No comments:
Post a Comment