Friday, 18 January 2013

Mohon Sultan ambil tindakan ke atas pemimpin Umno



PAS Perak  memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah  mengambil tindakan terhadap pimpinan Umno yang membuat dakwaan perlantikan Datuk Seri Mohamad  Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar adalah kerana rasuah membabitkan PAS Kelantan dengan pimpinan DAP Perak.
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, beberapa pimpinan Umno Perak telah membangkitkan isu ini dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang berlangsung pada 18 hingga 21 Disember lalu.
Katanya, mereka cuba membuat dakwaan bahawa perlantikan  Nizar sebagai menteri besar Perak ke 10 yang lalu adalah kerana rasuah daripada PAS Kelantan dengan pimpinan DAP dan bukannya datang daripada perkenan daripada  Sultan.
Menurutnya, tuduhan liar itu telah mencemar dan menghina institusi DiRaja yang berkuasa penuh dalam perlantikan menteri besar.
“Ini adalah satu penghinaan dan memalukan rakyat negeri Perak dan mencemar institusi diraja yang bebas daripada pengaruh politik,” katanya kepada media selepas  menyerahkan memorandum kepada pihak Istana.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Pengelola Bijaya Diraja Pejabat Sultan Perak, Datuk Shamsul Bahari di pejabatnya di Kuala Kangsar.
Hadir sama Naib Ketua Dewan Ulama PAS Perak,  Ibrahim Zakaria, Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Safarizal Saleh serta Salman Haji Saleh dan Ketua Pemuda PAS Tapah, Shamsul Anuar.
Dr Raja Ahmad Iskandar yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, selepas keputusan PRU12 pada 2008 lalu, Sultan Perak telah memanggil ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat bagi melantik menteri besar.
Jelas beliau, Tuanku Sultan memohon setiap parti memberi satu nama cadangan untuk dilantik menjadi menteri besar dan akhirnya baginda berkenan melantik Nizar.
“Justeru apa yang telah diperkatakan dalam sidang DUN baru-baru ini jelas mencemarkan institusi DiRaja dan mempertikai perkenan Tuanku Sultan ketika itu.
“PAS Perak memohon Tuanku Sultan mempertimbangkan tindakan terhadap pimpinan Umno yang telah merosakkan nama baik institusi DiRaja,” tegas Naib Ketua Pemuda PAS  itu.

TR : yang mencadangkan nama MB tika itu ada pempinan Pakatan Rakyat Perak dan tak ada kena mengena dengan UMNO, dan tidak bermaknya UMNO mempertikai lantikan MB oleh DYMM Sultan Perak. Apa yang dibangkitkan ialah "kemungkinan" persetujuan melantik Nizar dari parti PAS sebagai MB paling singkat dalam sejarah negeri Perak adalah hasil mendapat " hadiah tanah" dari kerajaan Kelantan pimpinan Nik Ajis yang diberikan pada 2 orang Kanan DAP. Semua maklum DAP mempunyai lebih banyak kerusi DUN berbanding PAS mahupun PKR dan perlembagaan Perak menyatakan MB Perak mestilah dikalangan orang Islam. Mahu tak mahu terpaksa la DAP "sedekahkan" kerusi MB itu pada PAS.
Dan isu lantikan MB PAS terpalit dengan kisah pemberian tanah lebih dari 4000 ekar pada 2 pemimpinan kanan DAP? PAS mahupun DAP tetap dgn pendirian "membisu"
Tiada unsur-unsur UMNO mempertikai lantikan MB Perak oleh DYMM Sultan Perak dan pastinya rakyat Perak sediamaklum pemerintahan MB Perak hanya selama 11 bulan lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan.
Rakyat Perak tak bodoh dan melupakan bagaimana pengikut PAS sanggup berguling bergolek macam tapir gemok ditengah jalan menghalang Pemangku Sultan Perak satu ketika dulu. Rakyat Perak tak bodoh dan melupakan bagaimana org Kanan DAP memberi "job" kepada kroninya sewaktu 11 bulan pemerintahan mereka. Banyak lagi kepincangan yang dibawa dalam pentadbiran mereka. 



No comments:

Post a Comment