KUALA LUMPUR: Meskipun Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) Sabtu lalu berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal, kehadiran peserta dari kalangan bangsa India dilihat amat kecil.
Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, penglibatan masyarakat India yang terlalu sedikit disebabkan acara itu dianggap lebih menjurus kepada ahli Pas dan tidak menyeluruh untuk semua kaum.
"Ini merupakan pengajaran kepada pihak penganjur supaya isu-isu yang dibawa perlu seimbang untuk semua.
"Mungkin juga masyarakat India lebih mengambil sikap berhati-hati dan sebahagian daripada mereka merasa diri mereka telah dipergunakan dalam himpunan-himpunan sebelum ini," kata penganalisis politik itu kepada Malaysian Digest hari ini.
Disebalik sikap berhati-hati masyarakat India, Dr. Sivamurugan menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan menunjukkan ada perkembangan positif walaupun tidak secara menyeluruh.
Pendapat beliau turut disokong seorang lagi penganalisis politik dan pakar ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam, yang menyifatkan masyarakat India mungkin sudah bertukar fikiran dan mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sebelum menjelang Pilihan Raya Ke-13 (PRU13).
"Mereka merasakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.
"Mereka ketika ini mengamalkan tunggu dan lihat...sabar kerana hanya tinggal tiga bulan sahaja sebelum PRU13.
"Mereka sekarang sudah bijak dan akan bangkit jika mana-mana pihak tidak memberi layanan yang adil kepada mereka," kata Ramon, yang juga merupakan bekas presiden Transparency International Malaysia.
Bagaimanapun pendapat mereka tidak dipersetujui oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran.
Surendran menegaskan, masyarakat India ketika ini berasa sangat marah terhadap kerajaan yang kononnya gagal menyelesaikan masalah mereka walaupun populasi mereka kecil di negara ini.
"Adalah tidak benar jika berkata masyarakat India tidak turun menyokong himpunan ini kerana masyarakat India hanya mewakili tujuh peratus sahaja populasi di Malaysia.
"Saya nampak ramai juga rakan-rakan dari kaum India yang hadir, dan mereka semua ketika ini sedang marah kerana kerajaan gagal memberi mereka kad pengenalan dan surat beranak," kata beliau.
Pemimpin MIC, P. Kamalanathan, menyangkal dakwaan tersebut dan berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ikhlas dalam membantu masyrakat India di negara ini.

"MIC juga telah bertindak memenuhi keperluan dan menyelesaikan permasalahan masyarakat India dan telah melaksanakan tanggungjawab mereka.
Beliau menyifatkan kehadiran masyarakat India yang terlalu sedikit kerana merasakan pembangkang hanya melihat kebenaran dari pandangan mereka sahaja dan bukan secara keseluruhan.
Kamalanathan, yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, turut merasakan perhimpunan ini sejak dari awal lagi tidak perlu diadakan kerana tuntutan-tuntutan mereka telahpun dijawab oleh kerajaan, misalnya permintaan untuk memansuhkan ISA.
"Mereka hanya sekadar mahu menunjukkan kekuatan dan sokongan terhadap mereka sahaja," kata beliau.
Walaupun berbeza-beza pendapat, mereka merasakan himpunan kali ini adalah kemenangan kedua-dua pihak, iaitu penganjur dan juga kerajaan serta pihak berkuasa.
Himpunan tersebut menunjukkan adanya transformasi politik sekaligus menunjukkan kepada dunia walaupun negara ini mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, kita mampu mengadakan himpunan secara aman.
Penganjuran ini juga boleh dijadikan asas bagaimana sesuatu himpunan itu boleh dijalankan secara aman.
Himpunan Kebangkitan Rakyat dilihat sebagai salah satu mekanisma terakhir Pakatan Rakyat (PR) sebelum PRU13.
- mD

No comments:
Post a Comment