Himpunan pakatan pembangkang di Stadium Merdeka kelmarin
dibuat dalam tempoh yang sukar dihadapi pakatan tiga sekutu itu.
Tidak kiralah sama ada pembangkang mendakwa sasaran khalayak
mencecah 500,000 atau mereka nak akur kepada fakta sekitar 50,000 sahaja, namun
dalam beberapa bulan ini imej yang tampak negatif di mata rakyat sedang
menghantui mereka.
Di Pulau Pinang, pembentangan bajet defisit oleh kerajaan
DAP negeri selama tiga tahun berturut-turut mencetuskan persoalan tentang
kewibawaan pengutip ‘pingat’ kerusi pilihan raya terbanyak dalam pakatan itu.
Ia tentang bagaimana cara pentadbiran dijalankan walaupun
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sering melaungkan slogan cekap,
akauntabiliti dan telus (CAT). Perkembangan itu sangat membimbangkan dan seolah-olah
cuba ditutup dengan ‘penganjuran’ himpunan kelmarin.
Demikian juga soal ketelusan dalam pemilihan barisan
kepemimpinan parti itu. Kesilapan pengiraan dalam pemilihan jawatankuasa DAP
Pusat (CEC) demi untuk mengembalikan seorang Melayu dalam CEC, atas alasan
masalah teknikal penggunaan perisian Microsoft Excel amat menjengkelkan.
Bagaimana sebuah parti yang berprinsip tinggi boleh
mengalihkan isu dan menipu perwakilan dengan semua kesilapan ini. Bagaimana
sebuah parti boleh menjalankan pilihan raya secara bersih dan adil apabila
mereka tidak mampu mengendalikan CEC dengan mudah.
Dan peliknya, tanpa mengendahkan pemilihan CEC DAP ini,
pembangkang membangkitkan pula tuntutan pilihan raya yang adil dan bersih dalam
himpunan kelmarin?
Dalam sibuk melihat tembelang DAP, Pas tidak terkecuali.
Malah sebenarnya lebih teruk lagi. Memang diakui kehadiran kaum Cina merudum
dalam himpunan tersebut. Penyertaan mereka hanya sekitar lapan peratus sahaja
daripada keseluruhan peserta dan kaum India sekitar dua peratus sahaja.
Himpunan yang didominasi pengikut Pas itu berlaku semasa
pentadbiran Pas di Kelantan dan Kedah agak gawat waktu ini. Golongan yang
digelar ulama itu telah menebang semua balak dan menggadaikan tanah termasuk
rizab Melayu untuk mendapatkan keuntungan mudah.
Maka sudah tentu ini perkara yang pelik tetapi benar. Dan
ternyata mereka bukanlah pejuang Islam sebenar dan menggunakan Islam untuk
kepentingan peribadi,
Di Selangor, dengan kemelut air yang berterusan akibat
keangkuhan enggan meluluskan loji Langat 2, himpunan kelmarin turut cuba
‘menutup’ janji-janji manifesto 2008 tidak tertunai kerajaan PKR di negeri itu.
Janji RM600 sebulan untuk ibu tunggal. Mana dia? Sudah dapat
wang? Janji hantar anak ke sekolah tadika dapat RM50 sebulan. Mana? Mudahnya
untuk menutup bangkai gajah. Tertutupkah dengan nyiru?
Suara Politik
Belantan
No comments:
Post a Comment