Thursday, 17 January 2013

Kerajaan Pakatan Selangor Miliki 30% Saham Syabas.



Kerajaan Negeri Selangor tidak seharusnya menuding jari kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berhubung isu masalah air yang berlaku di negeri itu kerana kerajaan negeri sendiri memiliki 30 peratus saham dalam syarikat tersebut.Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, kerajaan negeri Selangor yang turut memiliki pegangan saham tidak boleh menyalahkan Syabas sebaliknya harus berbincang bersama bagi menyelesaikan masalah krisis air yang melanda negeri Selangor.

Read More....


GOMO: 
Itulah pekara penting yang rakyat Selangor perlu tahu tentang permasaalahan air di Selangor. Bukan semua benda nak salahkan SYABAS sebaliknya Kerajaan Selangor yang memiliki saham sebanyak 30% dalam SYABAS patut bertanggungjawap dengan permasaalahan yang berlaku.

Rakyat mungkin dibutakan dengan cerita palsu bahawa seolah olah kerajaan Pakatan Selangor tidak terlibat dan bersalah. Namun hakikatnya dek kerana dendam politik lah sebabkan rakyat menjadi mangsa.

Gomo beri contoh mudah untuk semua faham tentang dendam Politik yang dilakukan kerajaan Pakatan PAS,DAP,PKR Selangor. Lihat di Kelantan yang ditadbir PAS selama 22 tahun. Walaupun PAS mentadbir Kelantan kerajaan Pusat dibawah pentadbiran Barisan Nasional membantu rakyat Kelantan dari masa ke semasa. Malah pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang sepatutnya dibina oleh kerajaan negeri dibangunkan oleh kerajaan pusat.

Itulah sikap kerajaan pusat Barisan Nasional yang menolak dendam politik dalam membantu rakyat. Bukan sepertimana Kerajaan Selangor yang sehingga kini menghalang pembinaan loji air langat dek kerana dendam politik yang mengakibatkan rakyat mendapat kesan.

No comments:

Post a Comment