
Kurang ajar puak harami nie sampai macam nie nak buat onar
menyambut Perdana Menteri di Kelantan semalam.MKP nak habaq lepas nie mesti
puak harami nie kata UMNO yang buat tapi agak-agak lah kalau bebudak UMNO
berani nak main benda macam nie.
Populariti Datuk Seri Najib Razak menonjol dalam kalangan
rakyat adalah berikutan prestasinya yang dinilai orang ramai, termasuk program
transformasi dan janji ditunaikan kerajaan.
Pensyarah Jabatan
Komunikasi Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata faktor berkenaan
diperoleh dalam kajiannya antara Mac 2008 hingga Julai 2012. Malah, katanya,
kajian itu juga menunjukkan populariti Najib terus mengatasi tiga pemimpin
pembangkang.
Kajian itu mendapati
populariti Najib meningkat daripada 41 peratus selepas pilihan raya umum Mac
2008 kepada 58 peratus pada Julai 2012 berdasarkan tinjauan kepuasan terhadap
pemimpin. Sokongan 58 peratus daripada 1,963 responden ditemubual secara
bersemuka dari 1 hingga 31 Julai lalu adalah tertinggi jika dibandingkan dengan
sokongan diterima Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat (47 peratus), Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (34
peratus) dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng (31 peratus).
Beliau ditemui
selepas pembentangan Wacana Pra-PRU13: Siapa Jadi Pilihan? anjuran Majlis
Profesor Negara (MPN) dengan kerjasama BH . Populariti Anwar menurun Syed Arabi
dan Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin adalah
panel jemputan bagi sesi pertama wacana itu yang dikendalikan Pengerusi Media
Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar selaku moderator.
Mengulas lanjut, Syed
Arabi yang juga bekas rektor UIAM berkata kajian itu dijalankan berperingkat
pada Mac 2008 membabitkan 1,654 responden dan 1,370 responden pada Mac 2012
sebelum diteruskan pada Julai tahun lalu. Malah, katanya, populariti Anwar pula
menurun dari 46 peratus selepas pilihan raya umum Mac 2008, berbanding 34
peratus pada Julai 2012.
No comments:
Post a Comment