Wednesday, 16 January 2013

CUKUPKAH PERMOHONAN MAAF PATRICK TEOH?



Patrick Teoh, selebriti yang selama ini mendapat sokongan dan dokongan daripada karyawan-karyawan berbangsa Melayu dan beragama Islam di Malaysia, bahkan diberikan tempat oleh penguasa di Malaysia untuk hidup bebas dan bercakap apa-apa sahaja, meskipun pada masa yang sama, di tempat-tempat lain, orang seperti Patrick Teoh mungkin sudah hilang tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Kenyataan yang dibuat oleh Patrick Teoh awal sebelum itu, dan kemudian dipadamkan telah menimbulkan kemarahan ramai orang, termasuklah golongan selebriti yang sebelum ini mengenali dan berhubungan baik dengan Patrick Teoh.

Pasti ramai yang masih ingat tentang Namawee yang bersikap biadap dengan menghina lagu NEGARAKU dan UMAT ISLAM. Tatkala kemarahan umat Islam di Malaysia begitu meluap-luap terhadap Namawee yang berfikiran Taiwan dan Hong Kong, tiba-tiba sahaja kemarahan tersebut menjadi reda apabila dia meminta maaf secara terbuka.

Anehnya, permohonan maafnya itu tidak berkekalan apabila dia mengulangi semula perangai biadapnya. Pun begitu, campurtangan seorang Menteri Kabinet yang memujuk umat Melayu-Islam di negara ini agar memberikan kemaafan.

Ini bukan insiden kali pertama. Sudah terlalu banyak kali umat Islam di negara ini dijadikan bahan jenakarama oleh puak-puak seperti Patrick Teoh dan Namawee.

Namun apa tindakan daripada umat Islam dan orang Melayu di negara ini?

Seperti biasa, kita akan memberikan kemaafan dan kemudian cuba melupakan apa yang berlaku. Bahkan ada pulak sekelompok daripada kita yang bukan sahaja sanggup menggadaikan diri dan prinsip bahkan agama dan Allah Taala demi mendapatkan perhatian daripada puak-puak seperti Patrick Teoh yang cukup tebal dengan fahaman DAPnya!

No comments:

Post a Comment