Sunday, 13 January 2013

CILI KASI TARUK! HIMPUNAN YANG PALING MENGECEWAKAN #KL112 GAGAL






Sejak dari dahulu sampailah sekarang, tidak ada satu perkara pun yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat tidak disertakan dengan angan-angan yang gempak.

Apa tidaknya, menerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) boleh pula penganjuran meletakkan sasaran peserta seramai 1juta orang sedangkan mereka sudah sedia maklum yang Stadium Merdeka tidak mampu menampu kapasiti manusia seramai itu.

Nak menipu pun agak-agaklah. Gunalah logik akal sebagai manusia yang berpelajaran tinggi, pemimpin yang mengeluarkan kenyataan kononnya sehingga jam 5.35 petang peserta KL112 telah mencecah 500,000 pun merupakan seorang yang berpelajaran tinggi.

Rakyat Malaysia boleh lihat sendiri melalui gambar yang dikeluarkan oleh pihak media mahupun PDRM yang menunjukkan KL112 tidak mendapat sambutan.

Malah, rasanya kalau dilihat dengan mata kasar pun tidak payah pakai alat pengira untuk menghitung jumlah peserta yang hadir.

Mungkin disebabkan Stadium Merdeka dan jalan-jalan sekitarnya yang agak sempit maka sekiranya sekumpulan peserta bergerak dalam kumpulan yang besar maka nampaklah macam ramai.

Selain itu, kalau dikira dari segi sejarahnya pula Stadium Merdeka sebelum ini hanya mampu memuatkan kira-kira antara 35,000 hingga 40,000 penonton bola. Tetapi, perkara ini hanya berlaku puluhan tahun dahulu iaitu ketika zaman kegemilangan bolasepak era Allahyarham Mokhtar Dahari.

Ketika itu, Stadium Merdeka adalah stadium keramat menyaksikan kehebatan skuad bolasepak negara membaham pasukan Korea Selatan, China, Jepun, Morocco di pertandingan Pesta Bola Merdeka. Stadium ini selalu penuh sesak dengan angka tersebut.

Baca seterusnya di Perak Today...

No comments:

Post a Comment