Terdapat isteri calon wakil rakyat PAS yang menangis dan
menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka
dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan
jumud.
Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil
sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada
parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.
Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah PAS itu
didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dato' Zulkifli Noordin
selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu.
Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta
bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi
perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad
sebelum ini.
Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang
dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan
dikenakan tindakan.
"Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan
segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.
"Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada
jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini," kata bekas
pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman blog beliau
http://zul4kulim. blogspot.com/.
Zulkifli memberitahu, beliau lebih terkejut apabila
diberitahu dasar bai'ah talak tiga itu diluluskan dan direstui kepimpinan PAS.
Katanya, beberapa tokoh parti yang dihubungi bukan sahaja
tidak berasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah itu, malah mempertahankannya
dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan tanpa sandaran kepada
al-Quran, sunah Rasulullah mahupun amalan para sahabat.
Sebaliknya jelas beliau, ia sekadar dasar yang berpaksikan
kepada alasan dan sandaran akal dangkal semata-mata. Inilah apa yang saya
labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi.
"Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga
sanggup menggadai kesucian, kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan
gadaian politik," katanya.
Mengulas lanjut Zulkifli berkata, dasar tersebut umpama
kembali ke zaman jahiliah dengan menjadikan wanita sebagai bahan dagangan,
pajakan dan gadaian.
"Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara
halal yang paling dibenci Allah dan kita jadikan perkara yang paling dibenci
Allah ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah taat setia," katanya.
Beliau turut mempersoalkan kenapa bai'ah taat setia PAS itu
tidak dibuat dalam bentuk lain seperti bersumpah laknat. Dengan cara itu
katanya, semua wakil rakyat diyakini akan berfikir banyak kali sebelum
bercadang melompat parti.
Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan
untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan
isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?
"Apakah kelak bila menjadi kerajaan Persekutuan dan
memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa bai'ah
menceraikan isteri mereka jika tidak taat kepada kerajaan," katanya.
Celaka dunia akhirat – Hadi
KUALA LUMPUR 21 Feb. — Setiap calon Pas yang bertanding
dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar
dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
hari ini.
Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar
Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau. Abdul Hadi berkata, sesiapa yang
melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat".
Islam itu AGAMA, PAS itu PARTI Politik. PAS bukan
ISLAM...!!!
Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.
Suara Politik
No comments:
Post a Comment