Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim perlu
menyerah kembali semua anugerah pingat kebesaran diterima kerana perlakuan
politiknya yang mengkhianati perpaduan orang Melayu.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee
berkata, Ketua Pembangkang itu juga sebenarnya sedar bahawa beliau tidak
sepatutnya menggunakan gelaran 'Datuk' atau 'Datuk Seri' kerana perlakuannya
yang mengguris hati raja-raja Melayu.
Sebelum ini Anwar terus menghina institusi istana apabila
dengan angkuh mengatakan rela anugerah 'Datuk' dan 'Datuk Seri' padanya ditarik
balik berikutan isu yang melabelkannya sebagai pengkhianat Melayu.
Dalam krisis politik Perak sebelum ini, Anwar dilihat
merestui perbuatan biadab Karpal Singh menghina Sultan Perak.
Sebelum ini Anwar sekali lagi melukai hati raja-raja Melayu
apabila berkata pingat itu tidak akan diserah, sebaliknya diletakkan di pagar
supaya boleh diambil balik.
"Hanya individu biadab dan mengkhianati bangsa yang
sanggup mengeluarkan kenyataan seperti itu," katanya dalam kenyataan di
sini.
Kenyataan itu mendakwa, Anwar dalam ceramah politiknya di
Permatang Janggus menjelang pilihan raya kecil Permatang Pasir sebelum ini
berkata bahawa beliau tidak pernah meminta darjah kebesaran yang diterimanya.
Ketua Pembangkang itu berkata, beliau memberitahu isterinya,
Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail agar tidak menyerahkan gelaran itu tetapi
hanya perlu meletak di pintu pagar untuk diambil balik oleh pihak berkaitan.
Syed Ali menambah, kenyataan yang dibuat Anwar itu adalah
biadab, sombong dan tidak menunjukkan beliau sebagai pemimpin bermoral.
Suara Politik
BELANTAN
No comments:
Post a Comment