Tuesday, 5 February 2013

Pendidikan Percuma : Anwar Kencingkan Pelajar UNISEL


 
MENDAPAT berita dari seorang sahabat JB yang belajar di Unisel, baru-baru ini pemimpin kerajaan negeri Selangor ada membuat satu forum di Unisel tentang Isu Pendidikan Percuma dengan menjemput Anwar Ibrahim sebagai penceramah jemputan yang bercakap tentang pendidikan percuma yang harus diberi oleh kerajaan BN kepada rakyat Malaysia.

Para pelajar yang sedang berada dalam kelas tiba-tiba dipanggil dan diarahkan oleh pihak pentadbiran supaya hadir ke dewan untuk meramaikan majlis bual bicara tersebut. Tanpa mengetahui apa-apa maklumat sama ada dari pihak penganjur ataupun wakil pihak pentadbiran Unisel sendiri, mereka terpaksa pergi juga kerana kehadiran dicatatkan.

Betapa hebatnya Anwar bercakap soal pendidikan percuma, soal penghapusan PTPTN, sedangkan mereka sendiri sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah Selangor tidak dapat menunaikan janji mereka untuk beri pendidikan percuma terutama kepada pelajar Unisel dan KUIS. Kenapa tidak dimulakan dari negeri yang diperintah sendiri?

 
Selepas 4 tahun pentadbiran kerajaan Khalid dan DAP di Selangor, di mana janji-janji pendidikan kepada rakyatnya? Adakah sudah tertunai?

*Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti. Anak siapa yang dapat? Pernah sepupu aku try nak mohon tapi sampai sekarang tak pernah dapat surat atau borang. Pengerusi JKKKN tidur tak membantu langsung rakyat nak minta bantuan kerajaan Selangor. Yang diberi hanyalah kepada kroni masing-masing. Salah rakyat Selangor ke?

*Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor. Yang ini sudah terang lagi bersuluh yang dalam manifesto, janji pakatan sebelum menang kerajaan Selangor mereka akan beri biasiswa kepada anak Selangor. Tapi sampai sekarang terus senyap. Salah rakyat Selangor ke?

Janji memang senang tapi nak tepati tu hanya kerajaan BN yang mampu tunaikan. Nak beri air percuma pun pilih bulu. Elaun khas ibu tunggal yang layak? Mana elaun-elaun itu semua pergi? Habis dibelanja untuk dana pilihanraya atau masuk poket DAP dan kroni pakatan?

sumber : jawabernam

No comments:

Post a Comment