MENDAPAT berita dari seorang sahabat JB yang belajar di
Unisel, baru-baru ini pemimpin kerajaan negeri Selangor ada membuat satu forum
di Unisel tentang Isu Pendidikan Percuma dengan menjemput Anwar Ibrahim sebagai
penceramah jemputan yang bercakap tentang pendidikan percuma yang harus diberi
oleh kerajaan BN kepada rakyat Malaysia.
Para pelajar yang sedang berada dalam kelas tiba-tiba
dipanggil dan diarahkan oleh pihak pentadbiran supaya hadir ke dewan untuk
meramaikan majlis bual bicara tersebut. Tanpa mengetahui apa-apa maklumat sama
ada dari pihak penganjur ataupun wakil pihak pentadbiran Unisel sendiri, mereka
terpaksa pergi juga kerana kehadiran dicatatkan.
Betapa hebatnya Anwar bercakap soal pendidikan percuma, soal
penghapusan PTPTN, sedangkan mereka sendiri sebagai sebuah kerajaan negeri yang
memerintah Selangor tidak dapat menunaikan janji mereka untuk beri pendidikan
percuma terutama kepada pelajar Unisel dan KUIS. Kenapa tidak dimulakan dari
negeri yang diperintah sendiri?
Selepas 4 tahun pentadbiran kerajaan Khalid dan DAP di
Selangor, di mana janji-janji pendidikan kepada rakyatnya? Adakah sudah
tertunai?
*Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang
mendapat tawaran ke universiti. Anak siapa yang dapat? Pernah sepupu aku try
nak mohon tapi sampai sekarang tak pernah dapat surat atau borang. Pengerusi
JKKKN tidur tak membantu langsung rakyat nak minta bantuan kerajaan Selangor.
Yang diberi hanyalah kepada kroni masing-masing. Salah rakyat Selangor ke?
*Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor.
Yang ini sudah terang lagi bersuluh yang dalam manifesto, janji pakatan sebelum
menang kerajaan Selangor mereka akan beri biasiswa kepada anak Selangor. Tapi
sampai sekarang terus senyap. Salah rakyat Selangor ke?
Janji memang senang tapi nak tepati tu hanya kerajaan BN
yang mampu tunaikan. Nak beri air percuma pun pilih bulu. Elaun khas ibu
tunggal yang layak? Mana elaun-elaun itu semua pergi? Habis dibelanja untuk
dana pilihanraya atau masuk poket DAP dan kroni pakatan?
sumber : jawabernam
No comments:
Post a Comment