Monday, 4 February 2013

Ceramah Abby Abadi Di Miri Sarawak Tak Laku


 
Kehadiran bekas pelakon Gerak Khas dan penyanyi kumpulan Elite suatu ketika dahulu, Abby Abadi di Lambir, Miri pada Sabtu, 2 Februari 2013 telah berjaya menarik ramai pengunjung hingga ada yang membuka gerai makan di sepanjang kawasan ceramah.

Namun demikian ramai di kalangan peniaga marah termasuk penganjur apabila hanya sekitar 60 orang yang hadir. Setelah ditolak dan dicampur, hanya sekitar 20 sahaja yang hadir dengan selebihnya terdiri daripada ahli-ahli PAS Miri dan sekitarnya serta beberapa orang anggota polis.

 
Kata haram tapi nak jugak!

Abby Abadi seperti dijangka telah membawa isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang kini sedang diagihkan kepada penerima di seluruh negara. Seperti mengikut lirik lagu dan skrip drama, Abby Abadi telah memperjelaskan bahawa BR1M 2.0 itu RASUAH.

Dengan nada angkuh, Abby Abadi mengatakan adalah haram rakyat mengambil BR1M kerana rasuah. Ini seolah-olah meminta rakyat Sarawak khususnya di kawasan Parlimen Sibuti supaya mengambil BR1M. Berbeza dengan Abby Abadi yang mungkin tidak akan menerima atau mungkin tidak dapat BR1M kerana pendapatannya melebihi RM10,000 sebulan hasil bersama dengan PAS.

Atas sebab itu, PAS Miri berpendapat membawa Abby Abadi ke Miri akan berjaya menarik ramai penduduk khususnya golongan muda yang gemar dengan hiburan.

 

Penganjur menjangkakan majlis santai bersama artis Abby Abadi itu akan menarik perhatian penduduk rumah panjang di sekitar kawasan Parlimen Sibuti. Tetapi, malangnya hanya tidak sampai separuh penduduk rumah panjang yang hadir walaupun artis popular yang hadir.

Dengan berbekalkan wajah yang cantik dan suara yang lunak serta status ‘janda berhias’ ternyata Abby Abadi tidak mampu menarik perhatian penduduk rumah panjang di Sarawak walaupun suatu ketika popular.

Bagi rakyat Saraawak, Abby Abadi langsung tidak memberi sebarang impak besar dalam politik Sarawak. Boleh dikatakan Abby Abadi datang ke Sarawak hanyalah sekadar melancong dan makan angin sahaja.




No comments:

Post a Comment