Kehadiran bekas pelakon Gerak Khas dan penyanyi kumpulan
Elite suatu ketika dahulu, Abby Abadi di Lambir, Miri pada Sabtu, 2 Februari
2013 telah berjaya menarik ramai pengunjung hingga ada yang membuka gerai makan
di sepanjang kawasan ceramah.
Namun demikian ramai di kalangan peniaga marah termasuk
penganjur apabila hanya sekitar 60 orang yang hadir. Setelah ditolak dan
dicampur, hanya sekitar 20 sahaja yang hadir dengan selebihnya terdiri daripada
ahli-ahli PAS Miri dan sekitarnya serta beberapa orang anggota polis.
Kata haram tapi nak jugak!
Abby Abadi seperti dijangka telah membawa isu Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) 2.0 yang kini sedang diagihkan kepada penerima di seluruh
negara. Seperti mengikut lirik lagu dan skrip drama, Abby Abadi telah
memperjelaskan bahawa BR1M 2.0 itu RASUAH.
Dengan nada angkuh, Abby Abadi mengatakan adalah haram
rakyat mengambil BR1M kerana rasuah. Ini seolah-olah meminta rakyat Sarawak
khususnya di kawasan Parlimen Sibuti supaya mengambil BR1M. Berbeza dengan Abby
Abadi yang mungkin tidak akan menerima atau mungkin tidak dapat BR1M kerana
pendapatannya melebihi RM10,000 sebulan hasil bersama dengan PAS.
Atas sebab itu, PAS Miri berpendapat membawa Abby Abadi ke
Miri akan berjaya menarik ramai penduduk khususnya golongan muda yang gemar
dengan hiburan.
Penganjur menjangkakan majlis santai bersama artis Abby
Abadi itu akan menarik perhatian penduduk rumah panjang di sekitar kawasan
Parlimen Sibuti. Tetapi, malangnya hanya tidak sampai separuh penduduk rumah
panjang yang hadir walaupun artis popular yang hadir.
Dengan berbekalkan wajah yang cantik dan suara yang lunak
serta status ‘janda berhias’ ternyata Abby Abadi tidak mampu menarik perhatian
penduduk rumah panjang di Sarawak walaupun suatu ketika popular.
Bagi rakyat Saraawak, Abby Abadi langsung tidak memberi sebarang
impak besar dalam politik Sarawak. Boleh dikatakan Abby Abadi datang ke Sarawak
hanyalah sekadar melancong dan makan angin sahaja.
No comments:
Post a Comment