Rohani Kunjung Mangsa Banjir Warga JKM Negeri Kelantan
Tanah Merah: Tiada apa yang lebih mengembirakan bagi Puan Sharifah Nurul Shihar, wargakerja Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan bila menerima kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Rohani Abdul Karim yang melawat rumah beliau yang menjadi mangsa banjir di Taman Keltra Tanah Merah Kelantan.
Kehadiran Rohani bagai satu kejutan yang tidak disangka kepada keluarga mangsa dan terharu dengan keprihatinan yang telah diberikan. Sempat bertanyakan khabar, beliau juga telah menghulurkan sumbangan bagi meringankan sedikit beban yang dialami.
No comments:
Post a Comment