Sunday, 12 May 2013
TINDAKAN MB MAT SAID BENAR-BENAR TEPAT!!! PM PATUT TIRU MACAM MB MAT SAID!!!
Kalau semalam, MB Terengganu, Mat Said telah memutuskan untuk tidak membina rumah-rumah mampu milik di kawasan yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS, hari ini pula, para pecacai dan pemimpin PAS Terengganu bertambah meroyan apabila Mat Said memutuskan bahawa tiada seorang pun pegawai penyelaras BN akan dilantik di kawasan-kawasan yang BN kalah.
Tindakan tersebut merupakan tindakan yang paling tepat dan wajar!
Selangor menyaksikan penyelaras-penyelaras DUN dan Parlimen di kawasan-kawasan BN kalah, bukan sahaja tidak bekerja tetapi juga menyebabkan BN kalah lebih teruk berbanding tahun 2008. Lebih teruk lagi, kalau diperhatikan di Kelantan, ramai yang mengatakan, mereka sengaja mahu kalah kerana mahukan peruntukan untuk penyelaras dari UMNO dan BN Pusat.
Banyak sangat peruntukan turun untuk pegawai penyelaras. Memang betullah, duit yang diturunkan itu untuk buat kerja sekaligus menarik pengaruh dan sokongan untuk Barisan Nasional. Namun, itu sekadar teori. Hakikatnya, ia tidak berfungsi langsung. Bahkan kerana peruntukan untuk penyelaras-penyelaras itu jugalah yang membuatkan UMNO dan Barisan Nasional kawasan semakin berterabur dan bergaduh besar.
Sebabnya, masing-masing tidak puas hati apabila peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti kepartian, tidak sampai ke sasaran. Sebaliknya penyelaras-penyelaras pula yang lebih sibuk berada di Kuala Lumpur dan berbelanja besar untuk diri sendiri!
Nampaknya keputusan Mat Said membuatkan pemimpin-pemimpin PAS Terengganu tidak berpuas hati. Punca tidak puas hati mereka, bukannya susah sangat hendak diterjemahkan.
Mereka tidak berpuas hati kerana rakyat yang bermasalah di kawasan masing-masing akan mendapatkan wakil-wakil rakyat yang dipilih dari Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka. Selama ini, wakil-wakil rakyat Pakatan boleh bersenang lenang, berceramah dan berkempen sampai ke luar kawasan. Manakala masalah-masalah rakyat pula diserahkan kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk diselesaikan.
Apabila MB Mat Said mengambil keputusan sebegitu rupa, nampaknya wakil-wakil rakyat dan para pemimpin PAS Terengganu terutamanya, tidak mampu lagi berselindung dan menutup tembelang mereka dengan cakap pandai. Bahkan baru kali inilah mereka akan menggunakan otak untuk mula bekerja dan menyelesaikan masalah rakyat yang mereka tidak pernah peduli selama ini.
Cakap pandai sangat... bila Mat Said kata tak ada lagi pegawai penyelaras Barisan Nasional di kawasan yang dimenangi oleh PAS, kelam-kabut pula syaitan-syaitan yang berkepiah putih itu.
Bukan susah pun kenapa mereka jadi macam tu... sudah tentulah sebab mereka akan terlalu sibuk selepas ini. Itu pun kalau mereka nak buat kerja ler... kalau tidak, mereka boleh menyatakan bahawa kempen dan ceramah politik itu sama nilainya dengan tahap kerja menyelesaikan masalah rakyat sepertimana yang sering didendangkan oleh para pemimpin PAS Kelantan dan dihadam serta diterima pula oleh rakyat Kelantan yang berada di luar Kelantan!!!
Apa lagi puak-pauk PAS ooiii... ni ler masanya untuk tunjuk yang korang boleh buat kerja dan lebih pandai daripada orang UMNO sepertimana yang korang selalu duk gebangkan!!!
SUMBER
No comments:
Post a Comment