Banner ini berada sepanjang jalan menuju ke Balik Pulau,
Bukti dah ada mengatakan Yusmadi nie pernah melobi nak bertanding di Balik
Pulau akan tetapi banyak sangat kemungkaran yang dilakukan oleh Yusmadi.
Beliau terkenal dengan perangai pakai wang rakyat kemudian
anggap duit serupa mak bapak sendiri yang punya.Jenis yang tak reti bayaq
hutang ini diangkat jadi ahli parlimen Balik Pulau.
Yusmadi Yusoff mengesahkan yang beliau tidak akan
mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Menerusi laman Twitternya hari ini, beliau yang baru
sepenggal menjadi ahli Parlimen menyatakan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR)
akan meletakkan calon lain bagi mempertahankan kerusi tersebut selain dirinya
yang tidak akan bertanding.
Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim ujar beliau, akan
mengumumkan siapakah calon tersebut pada ceramahnya di Pulau Pinang malam ini.
Dari maklumat yang MKP perolehi mengatakan Speaker Dewan
Undangan Negeri (Dun), Datuk Abdul Halim Hussain bakal dinobatkan sebagai calon
Ahli Parlimen Balik Pulau serta bakal bertanding di Teluk Bahang (DUN) oleh
Anwar pada malam ini.
Sejak membuka pusat khidmat dan perniagaan
beliau,dikhabarkan beliau tidak membayar sewa kepada kerajaan negeri. Hutang
tertunggak mencecah ribuan ringgit.Beliau menggunakan kedudukannya sebagai Ahli
parlimen pakatan untuk salah guna kuasa apabila bertindak tidak membayar sewa
yang menjadi hasil kepada kerajaan negeri.
Kakitangan kerajaan negeri diherdik oleh Yusmadi apabila
cuba mendapatkan tunggakan bayaran.Malah dengan kurang ajarnya Yusmadi
memperlekehkan kakitangan kerajaan yang menjalankan yang menjalankan tugas
.Beginikah akhlak seorang pemimpin?Beliau sendiri menunjukkan sikap yang tidak
memberi tauladan yang baik kepada rakyat.
Sudahlah tidak membayar sewa,Yusmadi membuat untung dengan
hasil urusan pejabat guamannya,malah dikhabar gerai berger dihadapan pejabatnya
juga diambil sewa.Begitulah hapraknya “Maufakat” Yusmadi di Balik Pulau.
Yusmadi menjadi buah mulut rakyat Balik Pulau kerana tidak
menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat.Hinggakan batang hidung pun tak
nampak.
No comments:
Post a Comment