Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai
menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pagi
tadi bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Azizan menghadap baginda di Istana Negara, Kuala Lumpur
sambil diiringi Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Datuk Anas Ahmad Zaki
kira-kira pukul 10 pagi hari ini.
Menteri Besar Kedah itu dijangka menghadap Pengerusi Jemaah
Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak
Bukit di sini pada pukul 9 pagi esok sebelum boleh menetapkan tarikh pembubaran
DUN Kedah.
Selepas bertemu dengan YDP Agong, Azizan terjatuh ketika
berjalan. Foto tersebut sempat di rakam oleh media yang ada berhampiran. Bagi
Mc, foto Azizan terjatuh tidak patut dijadikan kontroversi, namun ada diantara
penyokong Pas sendiri dikatakan bertepuk tangan dan gembira bila Azizan
terjatuh.
Mc rasa pembaca pun tahu geng mana yang bertepuk tangan dan
bersorak sakan tu. Depa memang dok tunggu Azizan jatuh untuk mereka gantikan
tempat Azizan dengan MB baru. Manusia paling gembira tentunya Phahrolrazi,
sebab dia diantara manusia yang 'tergedik' sangat nak jadi MB.
Punya kalut nak jadi MB hinggakan sanggup ugut nak tutup
bilik gerakan ditempat sendiri. he he..
No comments:
Post a Comment