Wednesday, 24 April 2013
TERKINI ! Bom kedua berwayar pulak ditemui Polis di ceramah BN Nibong Tebal !!
update - Bom kedua siap berwayar ditemui unit pemusnah bom dan ia telah diletupkan .Kekuatan letupannya lebih kuat daripada bom pertama.
Dalang disebalik insiden ini perlu ditangkap segera kerana kita bimbang akan banyak lagi serangan sabotaj ala pengganas ini dibuat di ceramah2 BN di P.Pinang .
Ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Nibong Tebal di Jawi di sini gempar apabila berlaku letupan misteri mengakibatkan seorang petugas parti cedera.
Letupan pada kira-kira pukul 10.15 malam itu berlaku di longgokan sampah, terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama.
Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di depan hampir 3,000 hadirin.
Antara yang hadir ialah calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.
Seorang saksi, A. Micheal, 39, berkata, dia sedang berdiri berhampiran keretanya yang terletak beberapa meter dari tempat kejadian ketika letupan berlaku.
"Saya terdengar bunyi dentuman yang kuat sebelum nampak sampah berterbangan sebaik letupan berlaku dan ternampak seorang lelaki cedera di bahagian kaki.
"Mujurlah saya dan isteri tidak tercedera namun terkejut dengan kejadian itu," katanya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi mendapat rawatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika ditemui mengesahkan kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan ada unsur sabotaj.
Jelasnya, polis masih menyiasat punca kejadian serta bahan letupan yang digunakan.
"Polis akan meningkatkan kawalan di kawasan ceramah di seluruh negeri sepanjang musim kempen pilihan raya ini," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment