Ada perbezaan ke jika Anwar bertanding di Perak ataupun di
Permatang Pauh??..Anwar memberi alasan tujuannya berpindah kerusi ke Perak bagi
memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya tercapai..
Anwar kata jika bertanding di Perak dia dapat melonjakkan
sokongan di Perak..Ye ke dapat tarik sokongan??
Apa yang dapat diperkatakan, Anwar macam nak lari dari pengundi
Melayu..Tambah tambah lagi bila Anwar dapat tahu bakal calon BN yang bakal
bertanding di Permatang Pauh disukai rakyat termasuk sebahagian besar pengundi
PAS..
Kebarangkalian untuk Anwar tumbang di tempatnya sendiri
boleh berlaku..Jadi jalan yang paling selamat bagi Anwar ialah berpindah ke
tempat baru yang majoritinya pengundi cina iaitu di Ipoh Timur..Tempat Lim Kit
Siang sebelum ini..
Sebab itu Lim Kit Siang dipindahkan ke Gelang Patah walaupun
perpindahan itu akan menimbulkan masalah dengan Chua Jui Meng...
Ini disebabkan kebanyakan pengundi cina tak peduli mengenai
masalah moral yang dihadapinya berbanding dengan pengundi Melayu...Jadi lebih
selamat untuknya bertanding disitu..Tak gitu...
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui keputusannya untuk tidak
mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan
datang menerima bantahan daripada penyokongnya.
Bagaimanapun beliau membayangkan bertegas untuk berpindah
kerusi ke Perak bagi memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya
tercapai. Sehubungan itu beliau dijadualkan untuk mengadakan
perbincangan bagi 'memujuk' pemimpin tempatan berhubung hasratnya itu.
"Saya sedar ada bantahan yang kuat, oleh itu saya perlu
jelaskan kepada mereka mengenai matlamat kita bagi melonjakkan sokongan di Perak.
"InsyaAllah saya boleh memujuk mereka kerana saya bukan
mahu meremehkan penyokong saya di Permatang Pauh," katanya pada sidang
media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Rabu.
No comments:
Post a Comment